sukan

Tabik player Malaysia

Kejayaan menterbalikkan keputusan perlawanan terutama di babak kedua menerusi kebangkitan luar biasa nyata mengembirakan pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Pasukan negara yang ketinggalan dua gol pada babak pertama dilihat tidak berputus asa, malah bangkit memperagakan aksi lebih mantap untuk mengikat Syria 2-2 dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium East-Town Football Park, di Chengdu, China petang semalam.

Ujar Pan-gon, barisan pemain negara mula menyerlahkan ‘belang’ dan beliau percaya anak didiknya kini sebaris pasukan-pasukan di ranking 100 terbaik dunia.

“Pada perlawanan ini saya rasa kita sudah terkeluar. Kami perlu bangkit dan di babak kedua berjaya menyamakan kedudukan kepada 2-2.

“Itu sangat bagi kami untuk mendapatkan keyakinan secara amnya berbanding separuh masa pertama. Pandangan saya, persembahan kami sangat baik.

“Kami berada pada tahap untuk terus bersaing dengan pasukan di ranking 94 dunia, cuma saya rasa mungkin (melakukan) dua kesilapan.

“Tetapi separuh masa kedua kami menunjukkan kepada penyokong mengenai mentaliti Malaysia dan watak Harimau Malaya untuk mengejar permainan.

“Sehingga tamat permainan kami berjuang. Saya sangat berbangga dengan semua pemain termasuk semua pemain pertukaran,” katanya selepas perlawanan itu.

Dalam aksi sengit itu, Malaysia yang menghuni ranking ke-136 dunia ketinggalan dua gol hasil kelalaian barisan pertahanan yang menyaksikan Mardik Mardikian dan Yassin Samia meledak gol masing-masing di minit 12 dan 41.

Begitupun skuad negara kembali mengejar dan berjaya mengikat aksi menerusi jaringan pemain gantian Akhyar Rashid (m-51) dan Darren Lok (m-85) sekali gus mengecewakan lawan yang berada di tangga 94 dunia itu.

“Apabila mereka masuk ke dalam padang, mereka menukar permainan. Saya sangat gembira kerana kami tidak sabar untuk aksi berikutnya,” katanya.

Selepas ini, pasukan negara akan bertemu China dalam aksi persahabatan antarabangsa kedua di Stadium Phoenix Hill, di Chengdu, China Sabtu ini.

Dua aksi persahabatan itu adalah sebahagian persiapan skuad Harimau Malaya sebelum turun di Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 November ini, dan pusingan akhir Piala Asia di Qatar, Januari tahun depan.

Recent Posts

  • sukan

TERKINI: Azeem Fahmi cipta sensasi muncul Juara NCAA

PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mencipta sensasi apabila membantu kuartet Universiti Auburn untuk menjuarai acara 4x100 meter berganti-ganti… Read More

8 minutes ago
  • sukan

Facundo Garces membuat hantaran media sosial pertama mengenai Malaysia

Bek tengah Harimau Malaya, Facundo Garces, membuat hantaran media sosial pertamanya mengenai Malaysia sebentar tadi. Sejak disahkan sebagai pemain kebangsaan… Read More

28 minutes ago
  • sukan

Pasukan baharu Ifwat Akmal

Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More

13 hours ago
  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

14 hours ago
  • sukan

‘Thanks Boss for 20 years’, cetus tanda tanya

'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More

15 hours ago
  • sukan

Bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga — Toh Ee Wei

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More

15 hours ago