Kekalahan 0-7 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pada 6 Mac lalu, masih berbekas dalam diri pemain Negeri Sembilan FC (NSFC).
Kekalahan terbesar itu ternyata sukar dilupakan buat pemain skuad Hobin Jang Hobin menjelang pertembungan dengan pasukan sama pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia, di gelanggang sendiri, 13 September ini.
Pemain tengah, R Barathkumar akui ‘tragedi’ itu sukar dilupakan begitu sahaja, apatah lagi ia berlaku di hadapan penyokong sendiri.
Menurutnya, dia dan rakan sepasukan tidak rela sama sekali nasib serupa berulang, sebaliknya mahu pasukannya berupaya memberikan persembahan terbaik dan bertenaga, pada pertembungan 13 September nanti.
“Memang kekalahan besar kepada JDT itu masih berbekas dan bagi kami itu satu pengalaman berharga yang akan dijadikan panduan untuk lebih berwaspada.
“Fokus kami sekarang tidak mahu ia berulang lagi dan mahu berikan persembahan terbaik demi maruah pasukan dengan berusaha mendapatkan keputusan positif di laman sendiri.
sumber:- HM
“Saya percaya sasaran itu bukan mustahil untuk dicapai dengan komitmen tinggi semua pemain serta masing-masing dapat mencapai tahap prestasi tertinggi dalam persembahan,” katanya di sini, hari ini.
Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More
Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More
Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More
Pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei menyatakan rasa kagum terhadap gandingan No. 1 Thailand, Dechapol Puavaranukroh–Supissara Paewsampran yang dianggap… Read More
Pemain Kelantan Darul Naim (KDN) FC, Jasmir Mehat mempersoalkan keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberikan lesen kebangsaan penuh kepada pasukan… Read More
Bertiup kencang ketika ini apabila pemain tengah muda Athletic Bilbao, Mikel Jaureguizar dilaporkan media Sepanyol bahawa bintang berusia 21 tahun… Read More