sukan

Komen padu Kim Pan-gon selepas berjaya kejutkan pasukan Ranking tinggi

KETUA Jurulatih Bola Sepak Malaysia, Kim Pan-gon menganggap Malaysia kini setaraf dengan pasukan 100 terbaik dunia, selepas skuad Harimau Malaya seri 2-2 dengan Syria, pada perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Chengdu, China hari ini.

Pan-gon berkata, berdasarkan prestasi pada perlawanan persahabatan hari ini, anak buahnya mampu untuk bersaing dengan Syria, walaupun pasukan dikenali sebagai Qasioun Eagles itu berada pada ranking ke-94 dunia, berbanding Harimau Malaya yang kini pada kedudukan ke-136 dunia.

“Secara amnya pada separuh masa pertama, prestasi kita agak bagus, kita setara untuk melawan dengan pasukan ke-94 dunia.

“Saya rasa ada dua kesilapan yang menghukum kami, namun pada separuh masa kedua kita tunjukkan ketahanan dan sikap Harimau Malaya, yang mampu mengejar semula permainan dan memberikan tentangan sehingga ke akhirnya,” katanya selepas perlawanan yang berlangsung di Stadium East-Town Football Park di Chendu, hari ini.

Pada perlawanan itu, dua gol jaringan dua pemain simpanan Muhammad Akhyar Abdul Rashid dan Darren Lok masing-masing dalam separuh masa kedua, menafikan harapan Syria untuk menang, selepas mendahului 2-0 pada separuh masa pertama, menerusi jaringan Mardek Mrdkian dan Yasin Alsamya.

Sementara itu Pan-gon menyatakan bahawa mengejar semula selepas ketinggalan dua gol, merupakan suatu yang amat penting kerana ia boleh meningkatkan keyakinan pemain untuk berhadapan tekanan ketika ketinggalan.

Jurulatih dari Korea Selatan berusia 54 tahun itu berkata, beliau akan meneruskan ujian taktikal ketika bertemu China, dalam satu lagi perlawanan antarabangsa Tier 1 Sabtu ini, bagi melihat keupayaan skuad kebangsaan apabila berhadapan dengan lawan yang kuat.

“Sekarang kita nak uji beberapa cara taktikal dan juga merasai kekuatan pasukan yang berkedudukan ke-80 dunia. Kami mahu tahu kedudukan kami, jadi kami akan berterusan menyerang mereka, saya rasa kita perlu bermain agresif dan memberikan cabaran. Kami perlu lakukan yang terbaik untuk menyerang dan cuba untuk menang,” katanya.

Sementara itu, Darren mengakui bahawa mereka sedikit kecewa, kerana tidak dapat memenangi perlawanan hari ini, namun gembira dengan keputusan seri itu.

sumber:- SH

Muhammad Akhyar pula berharap yang pasukan dapat meneruskan momentum pada separuh masa kedua menentang Syria, ketika berhadapan dengan China, Sabtu ini. – Bernama

Recent Posts

  • sukan

TERKINI: Keputusan aksi Malaysia berdepan New Zealand

Skuad hoki negara terpaksa akur dengan kebangkitan New Zealand selepas tewas 3-4 dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Kejohanan Piala Negara-Negara… Read More

7 hours ago
  • sukan

Peringatan tegas kepada pemain

Di sebalik prestasi memberangsangkan barisan beregu lelaki negara, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky memberi peringatan tegas… Read More

8 hours ago
  • sukan

Sah Kelab Korea sertai Liga di Malaysia

Kancah Liga A1 Semi Pro 2025-2026 bakal menjadi pertarungan lebih meriah apabila 16 pasukan mengesahkan penyertaan dalam saingan separuh profesional… Read More

9 hours ago
  • sukan

Komen wira Malaysia selepas aksi berdepan Pakistan

 Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More

11 hours ago
  • sukan

Peluang masih ada, bukan tertutup terus

Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More

13 hours ago
  • sukan

Mereka Empat langkah kedepan

Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More

13 hours ago