Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad tidak mahu terlalu bergantung kepada Kpah Sherman dalam memburu jaringan.Sebaliknya, legenda bola sepak Singapura itu mahu semua pemain Tok Gajah memainkan peranan dalam membantu pasukan mendapatkan jaringan.
“Saya mahu sentuhan jaringan terus diperkasa pada setiap perlawanan dan tidak terlalu bergantung kepada seorang penyerang.
“Semua pemain perlu membantu mengurangkan tekanan terutama kepada Kpah Sherman yang kini muncul penjaring terbanyak pasukan,” katanya.
Selepas mengharungi 20 perlawanan, Sri Pahang menjaringkan 35 gol berbanding 33 gol dalam 22 perlawanan pada musim lalu.
Daripada 35 gol itu, Sherman muncul selaku penjaring terbanyak skuad Tok Gajah iaitu dengan 11 gol.
Sementara itu, Fandi mengharapkan Lucas Silva yang baru pulih daripada kecederaan dan sudah kembali bersama pasukan dapat mempamerkan prestasi terbaiknya.
sumber:- BH
“Dia berjaya menamatkan 90 minit perlawanan buat kali pertama musim ini ketika membantu pasukan tewaskan Kelantan United 5-1 pada 27 Ogos lalu,” katanya.