sukan

Alasan Erik ten Hag kekalahan United di tangan Arsenal

Erik ten Hag menyelar pengadil perlawanan selepas Manchester United dinafikan kemenangan ke atas Arsenal sebelum tewas 3-1 di Stadium Emirates.

Alejandro Garnacho seakan berjaya menjaringkan gol kemenangan United ketika permainan berbaki seminit, tetapi jaringannya dibatalkan kerana ofsaid selepas ulang tayang VAR.

Pemain sayap itu dilihat berada di depan Gabriel, tetapi Ten Hag mendakwa ulang tayang kedudukan ofsaid berkenaan ditunjukkan dari sudut yang salah.

Bos United itu turut merasakan skuadnya patut diberikan sepakan penalti apabila Rasmus Hojlund dijatuhkan dalam kotak penalti Arsenal.

Ten Hag juga mendakwa jaringan lewat permainan Declan Rice sepatutnya dibatalkan kerana kekasaran ke atas Jonny Evans, yang tertampan rembatan pemain tengah Arsenal itu ke gawang sendiri.

“Ia tidak ofsaid (untuk gol Garnacho), sudut yang salah. Penalti untuk Hojlund, dan kemudian kami dibolosi, kekasaran ke atas Jonny Evans sangat jelas,” kata Ten Hag.

Evans turut dikecam peminat United selepas penampilan keduanya untuk kelab berakhir dengan kekalahan.

Bek tengah itu menggantikan Victor Lindelof ketika kedudukan terikat 1-1, dan menjadi punca dalam kedua-dua gol Arsenal.

Pertama, rembatan Rice terkena Evans dan menewaskan Andre Onana sebelum gagal menghalang Gabriel Jesus daripada menjaringkan gol ketiga Arsenal.

Sebelum itu jaringan pembukaan Marcus Rashford pada minit ke-27 untuk United diimbangi gol penyamaan Martin Odegaard seminit kemudian.

Selepas perlawanan Ten Hag mendedahkan mengapa Jadon Sancho tidak berada di dalam skuad.

“Persembahannya ketika latihan menyebabkan dia tidak terpilih. Anda perlu mencapai tahap tertentu setiap hari di Manchester United. Ada pilihan di barisan depan, jadi dalam perlawanan ini dia tidak terpilih,” katanya.

Sancho bagaimanapun mempertahankan dirinya di media sosial. “Tolong jangan percaya apa yang anda baca! Saya tidak akan membenarkan orang memperkatakan perkara yang tidak benar.

“Saya berlatih dengan baik minggu ini. Saya percaya ada sebab lain yang tidak boleh saya katakan, saya menjadi kambing hitam sudah lama dan ia tidak adil!.

sumber:- BH

“Saya hanya mahu bermain bola sepak dengan senyuman dan membantu pasukan. Saya menghormati semua keputusan yang dibuat jurulatih.”Saya sedar setiap minggu adalah cabaran, saya akan terus berjuang untuk lencana ini!”

Recent Posts

  • sukan

Pasukan baharu Ifwat Akmal

Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More

12 hours ago
  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

13 hours ago
  • sukan

‘Thanks Boss for 20 years’, cetus tanda tanya

'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More

14 hours ago
  • sukan

Bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga — Toh Ee Wei

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More

14 hours ago
  • sukan

Shahidan akhirnya buka mulut dakwaan ugut atlet

Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More

15 hours ago
  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

16 hours ago