sukan

Haaland ledak hatrik untuk City jadi satu-satunya pasukan yang menang semua

Erling Haaland meledak hatrik ketika membantu Manchester City mengekalkan permulaan sempurna Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 5-1 ke atas Fulham.

City kini mempunyai kelebihan dua mata di puncak liga selepas menjadi satu-satunya pasukan yang memenangi keempat-empat perlawanan pertama liga musim ini.

“Setiap tahun beginilah keadaannya di kelab ini. Kami bermula agak lambat dan perlahan kerana kami bermain sehingga ke perlawanan terakhir, kerana kami adalah kelab terbaik. Kami hanya akan menjadi lebih baik selepas ini,” kata Haaland.

Juara Inggeris itu sekali lagi beraksi tanpa pengendali, Pep Guardiola yang masih dalam proses pemulihan selepas pembedahan belakang di Catalonia.

Tuan rumah membuka jaringan di Stadium Etihad pada minit ke-31 selepas Julian Alvarez memanfaatkan hantaran lintang Haaland.Fulham kembali menyamakan kedudukan sejurus kemudian selepas Tim Ream menolak masuk bola sepakan sudut.

City kembali di depan menerusi tandukan kontroversi Nathan Ake, yang diterima pengadil walaupun Manuel Akanji berada di kedudukan ofsaid dan dikatakan terbabit dalam jaringan berkenaan.

Haaland mula menemui sasaran selepas rehat. Dia menjadi pemain terpantas mengumpul gol Liga Perdana Inggeris, hanya selepas 39 perlawanan, apabila menyempurnakan lorongan Phil Foden.

Penyerang Norway itu menebus kegagalan sepakan penaltinya di Sheffield United minggu lalu dengan menyempurnakan peluang itu untuk gol keduanya.

sumber:- BH

Haaland melengkapkan hatriknya dalam masa kecederaan untuk gol keenamnya dalam lima perlawanan musim ini. – AFP