Al-Ittihad sedia menawarkan sehingga 200 juta pound (RM1.17 bilion) untuk menandatangani bintang Liverpool, Mohamed Salah.
Kelab Anfield itu sudah menolak tawaran 150 juta pound (RM877.47 juta) sebelum ini, tetapi ia tidak menghalang kelab Liga Pro Saudi berkenaan untuk terus membida Salah sehingga jendela perpindahan mereka ditutup pada 7 September.
Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mahu mengekalkan penyerang prolifiknya itu, manakala Al-Ittihad mahu menjadikan Salah simbol kepada projek baharu mereka dan memecahkan rekod perpindahan Neymar dari Barcelona ke Paris Saint-Germain yang bernilai 198 juta pound (RM1.16 bilion) pada tahun 2017.
Klopp sedar sukar bagi kelab-kelab Inggeris untuk menghalang tawaran daripada pasukan-pasukan Arab Saudi yang menawarkan gaji lumayan serta jendela perpindahan yang ditutup lebih lewat.
“Minggu depan akan menyaksikan cabaran sebenar kerana tidak ada sesiapa mampu menghalangnya.
“UEFA atau sesiapa perlu melihat perkara ini kerana kita perlu menjaga sukan ini. Ia seperti satu ancaman. Saya tidak dapat lihat cara untuk menghalangnya.
“Apa yang kami mampu lakukan? Kontrak ditawarkan amat lumayan dan ia menimbulkan masalah.
sumber:- BH
“Kami perlu memastikan liga-liga Eropah kekal kuat. Mungkin ada beberapa peraturan yang perlu diubah. Kita semua terkejut dengan kesungguhan Arab Saudi. Ramai pemain sudah ke sana,” kata Klopp.
Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More
'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More
Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More
Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More
Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More
Peminat Terengganu FC (TFC) boleh menarik nafas lega selepas pemain sayap lincah, Akhyar Rashid belum lagi dirisik secara rasmi mana-mana… Read More