Penyerang Naturalisasi negara, Paulo Josue, bersedia untuk menggegarkan gawang Syria dalam perlawananan persahabatan antarabangsa tier 1 di Chengdu, China minggu depan.
Bagaimanapun, tonggak Kuala Lumpur City FC itu mengakui dia terlebih dahulu perlu bersaing merebut tempat dengan penyerang lain dalam skuad negara seandainya mahu menjadi penggempur utama taruhan ketua jurulatih, Kim Pan-gon.
Selain itu, Paulo Josue turut mengakui bukan mudah untuk berdepan Syria memandangkan negara itu memiliki kedudukan ranking yang lebih baik berbanding skuad kebangsaan.
“Jika boleh memilih, saya mahu menjaringkan dua gol,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Syifa Nasir.”Tetapi sudah pasti mereka lawan yang sukar dan saya tidak fikir akan dapat menjaringkan banyak gol dalam perlawanan itu.
“Tetapi siapa sahaja yang terpilih perlu bersedia untuk membantu pasukan, menjaringkan gol, melakukan hantaran, berlari dan bertahan.
“Saya akan melakukan segala-galanya untuk membantu skuad negara dan jika ada peluang untuk menjaringkan gol, saya akan menyempurnakannya.
“Dalam bola sepak, adakalanya pasukan di ranking lebih rendah boleh menewaskan pasukan di ranking lebih tinggi.”Saya fikir kami sudah bersedia dengan sebaik mungkin dan bersedia untuk berdepan cabaran bertemu Syria,” katanya.
Harimau Malaya kini dalam rangka persiapan untuk menghadapi dua aksi persahabatan antarabangsa tier 1 berdepan Syria dan China di Chengdu, masing-masing pada 6 dan 9 September ini.
sumber:- SA
Dua perlawanan antarabangsa kali ini adalah persiapan bagi menghadapi Kejohanan Bola Sepak Piala Asia di Qatar awal tahun depan.Sebagai rekod, skuad negara diundi dalam Kumpulan E saingan Piala Asia bersama Korea Selatan, Jordan dan Bahrain.