sukan

Memang sangat sengit

Saingan sengit merebut tempat dalam kesebelasan utama membantu skuad kebangsaan di bawah kepimpinan Kim Pan-gon memperkemaskan struktur di bahagian pertahanan menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa tier A bertemu Syria dan China, Rabu dan Sabtu depan.

Skuad Harimau Malaya yang bertolak ke Chengdu, Isnin ini dan Kim Pan-gon berpeluang mempersiapkan barisannya untuk berdepan dengan pelbagai dimensi permainan ketika menghadapi pasukan di kedudukan 94 dan ke-80 dunia itu.

Panggilan ke kem latihan pusat terbaru ini merupakan persaingan sihat bagi tonggak pertahanan negara untuk diberi ruang sebagai barisan terakhir negara kelak.

“Saya harap dapat kekal tempat. Setiap hari saya berusaha keras memandangkan terdapat persaingan sengit.”Saya tidak mahu bersikap sambil lewa.

“(Pan-gon menerapkan) corak permainan yang berbeza tetapi kami sudah terbiasa di peringkat kelab.”Kami gigih memantapkan kawalan bola selain secara fizikal bertambah bagus ketika memberi tekanan.

sumber:- SA

“Sukar untuk menetapkan sebarang sasaran tetapi kami sedar berdepan perlawanan sukar dan dengan sedikit tuah — menerusi barisan tonggak yang ada serta berdasarkan kepercayaan terhadap jurulatih — kami juga mempunyai jangkaan tersendiri,” kata pertahanan negara, Matthew Davies, hari ini.