sukan

Sri Pahang FC punyai kelebihan dalam carta Liga

Kurang dua perlawanan berbanding pasukan lain akan dimanfaatkan sebaik mungkin Sri Pahang FC untuk mengutip enam mata sebaik Liga Super bersambung hujung bulan ni.

Justeru, pengendalinya Fandi Ahmad berkata, skuad Tok Gajah tidak boleh kehilangan mata jika mahu bersaing dengan pasukan teratas.

“Sri Pahang kurang dua perlawanan berbanding pasukan lain yang beraksi 21 dan 22 perlawanan. Oleh itu, Sri Pahang perlu mengutip enam mata untuk meletakkan pasukan pada kedudukan terbaik dalam saingan liga musim ini.

“Kita akan mempertingkatkan prestasi sepanjang tempoh rehat liga untuk menambah mata dalam usaha membantu melonjakkan kedudukan lebih baik berbanding kelima selepas beraksi 20 perlawanan ketika ini,” kata legenda bola sepak Singapura itu.

Ketika ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) selesa di persada liga dengan 61 mata manakala kedudukan kedua dan ketiga masih terbuka.

sumber:- HM

Selangor FC dan Sabah FC, masing berada di kedudukan kedua dan keempat sudah beraksi dalam 22 perlawanan manakala Kedah Darul Aman (KDA) FC pula beraksi 21 perlawanan di kedudukan ketiga.Sri Pahang yang bermain 20 perlawanan berada di kedudukan kelima dengan mengutip 40 mata.

Recent Posts

  • sukan

Pasukan baharu Ifwat Akmal

Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More

11 hours ago
  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

12 hours ago
  • sukan

‘Thanks Boss for 20 years’, cetus tanda tanya

'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More

13 hours ago
  • sukan

Bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga — Toh Ee Wei

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More

13 hours ago
  • sukan

Shahidan akhirnya buka mulut dakwaan ugut atlet

Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More

14 hours ago
  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

15 hours ago