Seorang wartawan mendakwa Mohamed Salah mungkin meninggalkan Liverpool minggu ini selepas dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Liga Pro Saudi Al Ittihad.
Salah hangat dikaitkan dengan gergasi Arab Saudi itu sejak beberapa minggu lalu dan laporan mendakwa kelab itu bersedia dengan bidaan sekitar £130 juta (RM763.59 juta) untuk menandatanganinya.
Namun pengurus Liverpool Jurgen Klopp kelmarin menegaskan Salah bukan untuk dijual dengan bintang Mesir itu masih berbaki dua tahun kontraknya di Anfield.
Salah pula masih berteka teki dan belum mengumumkan pendiriannya secara jelas kepada umum walaupun ejennya di Twitter awal bulan ini mengesahkan penyerang itu menyatakan komitmennya dengan Liverpool.
Pemain berusia 31 tahun beraksi ketika menewaskan Newcastle 2-1 Ahad lalu dan membantu Darwin Nunez menjaringkan gol pertama Reds pada babak kedua.
Kini wartawan mendakwa penampilannya di St James Park itu mungkin yang terakhir dia menyarung jersi The Reds.Wartawan Norway Jan Aage Fjortoft yang pernah beraksi bersama Middlesbrough, Sheffield United, Barnsley dan Swindon mendedahkan di Twitternya bahawa dia mengetahui spekulasi hangat perpindahan Salah.
Menurutnya: “Saya berasakan Salah akan meninggalkan Liverpool minggu ini.”Walaupun Fjortoft tidak menamakan kelab seterusnya, Al Ittihad tampak destinasi pilihan jika mereka dapat meyakinkan dia untuk meninggalkan Anfield.
Skuad kendalian Nuno Espirito Santo sudah pun menandatangani Karim Benzema, N’Golo Kante dan Fabinho pada musim panas manakala Salah bakal menjadi bintang terbaru.
sumber:- HM
Menurut CBS Sports, Al Ittihad bertekad menjadikan pemain Mesir itu antara pemain bergaji paling tinggi di dunia selain membantu mereka menyerlah di Piala Dunia Kelab pada edisi akan datang.