sukan

“Durian Runtuh” buat pemain Kedah selepas ikat JDT

Pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC bakal mendapat bonus susulan kejayaan ‘besar’ mengikat pasukan gergasi, Johor Darul Ta’zim (JDT) 3-3 pada aksi Liga Super, kelmarin.

Perkembangan itu dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali menerusi laman Facebook rasmi pasukan.”Di pihak kita, dengan JDT ini, kita ada jumlah imbuhan yang berbeza berbanding dengan pasukan lain. Secara kebiasaannya, bonus kita akan bagi apabila menang sahaja, namun apa yang jadi pada malam ini, walau seri sekali pun, bonus itu tetap kita akan bagi,” kata Khamal seperti yang disiarkan di Facebook KDA FC.

Pada aksi di Stadium Darul Aman itu, Kedah yang dibelasah 0-6 pada aksi pusingan pertama membuktikan mereka mampu menyaingi juara sembilan kali berturut-turut itu apabila mengikat lawan 3-3.

Keputusan itu menyaksikan anak buah Nafuzi Zain menangguhkan pesta kejuaraan JDT buat kali ke-10 berturut-turut.

Malah, mereka meranapkan impian skuad Harimau Selatan mencipta rekod dunia untuk memenangi semua 26 perlawanan liga ketika hanya berbaki enam perlawanan buat mereka.

Keputusan seri itu juga menghidupkan peluang Kedah untuk merebut slot ke Piala AFC musim depan.

Kedah kini di tangga ketiga liga dan hanya ketinggalan lima mata daripada pasukan di tangga kedua, Selangor FC.

Namun, skuad Kenari masih kekurangan satu perlawanan berbanding Selangor.

Khamal mengakui pihak pengurusan jelas terkejut dengan keputusan yang dianggap luar jangkaan itu.

sumber:- BH

“Terima kasih banyak-banyak kepada pasukan yang berdisiplin dan bermain dengan arahan taktikal jurulatih. Secara peribadi, saya pun terkejut dengan persembahan yang diberikan,” katanya.

Recent Posts

  • sukan

Pasukan baharu Ifwat Akmal

Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More

8 hours ago
  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

9 hours ago
  • sukan

‘Thanks Boss for 20 years’, cetus tanda tanya

'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More

10 hours ago
  • sukan

Bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga — Toh Ee Wei

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More

10 hours ago
  • sukan

Shahidan akhirnya buka mulut dakwaan ugut atlet

Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More

11 hours ago
  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

12 hours ago