Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe berbangga dengan sikap pemainnya yang cepat bangkit meskipun dibolosi dua gol awal dalam pertembungan Liga Super menentang Kelantan FC, malam tadi.
Cheng Hoe, 55 berkata, pemainnya yang cepat bangkit menjadi punca pasukan mampu meraih kemenangan besar yang mencipta rekod baru pasukan sepanjang musim ini.
Katanya, pemain menunjukkan disiplin yang baik sehingga mampu menjaringkan gol demi gol selepas menyamakan kedudukan di minit ke 32.
“Dua gol awal berpunca kita kurang fokus, keadaan padang juga agak licin tapi itu tak boleh dijadikan alasan.
“Kita juga tidak memandang rendah Kelantan, dan saya tak jangka kita menang besar,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan yang berakhir dengan keputusan Selangor 11-2 Kelantan.
Cheng Hoe berkata, pasukannya tidak boleh mengulangi kesilapan sama seperti awal permainan jika tidak mereka akan dihukum tewas kepada lawan seterusnya.
sumber:- HM
Beliau berkata, beliau memuji pemainnya yang hadir dengan mentaliti mahu menang selepas dikejutkan dengan gol awal tuan rumah.Gandingan tiga serangkai, Ayron Del Valle, Richmond Boakye-Yiadom dan Faisal Abd Halim nyata menepati ramalan apabila menjadi watak pemusnah dengan masing-masing menyumbang dua (Faisal) hingga empat gol (Ayron) dan hatrik pertama bagi Boakye, musim ini.
Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More
Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More
Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More
MASIH sukar untuk menzahirkan gambaran sebenar tentang kemampuan Gabriel Palmero memandangkan pasukannya, CD Tenerife B yang meminjamnya daripada kelab La… Read More
Hanya masa menentukan semula penyatuan kembali bola sepak Kelantan. Itulah harapan yang kini mula menyinar semula di hati peminat bola… Read More
Penghasilan bakat di Johor, menjadi pemain penting Sri Pahang dan pulang semula ke Johor. Kelincahan pemain berusia 23 tahun, Ibrahim… Read More