Beregu lelaki negara, Aaron-Wooi Yik berharap dapat mengekalkan momentum mereka dalam misi mempertahankan gelaran pada Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark selepas mara ke separuh akhir, awal pagi tadi.
Gandingan keempat dunia itu menewaskan beregu di ranking ketujuh dari China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 21-10, 15-21, 21-14 dalam tempoh 50 minit di Royal Arena sekali gus merekodkan kemenangan sulung ke atas lawan selepas tiga kekalahan sebelum ini.
“Saya fikir, apa yang penting adalah persiapan mentaliti di gelanggang,” kata Aaron.
“Ini kerana kami masih bimbang sama ada boleh menang atau kalah. Jika terlalu memikirkannya, ia menyebabkan kami tidak dapat beraksi dengan baik, jadi fokus dan persiapan mentaliti itu penting.”
Aaron-Wooi Yik dijadual membuat perhitungan sulung dengan gandingan Korea Selatan yang juga pilihan kesembilan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae pada separuh akhir malam ini.
Beregu Korea itu mengejutkan pasangan veteran Indonesia yang juga juara dunia tiga kali, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 21-17.
Satu lagi aksi separuh akhir beregu lelaki menyaksikan pertemuan antara beregu tuan rumah, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dan pasangan China, Wang Chang-Liang Wei Keng.
“Perlawanan yang bagus (di suku akhir). Kami mahu mengekalkannya (momentum) dan kami memberi saingan dengan baik sekali. Kami bergelut di pusingan pertama dan cuba bangkit semula dengan yakin. Kami dapat berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain selepas itu.
“Harap kami dapat beraksi lebih baik esok (hari ini),” kata Wooi Yik.
sumber:- BH
Aaron-Wooi Yik muncul satu-satunya wakil negara yang mara ke separuh akhir selepas dua lagi wakil di suku akhir iaitu beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah tewas di tangan gandingan China, Zhang Shu Xian-Zheng Yu 21-17, 17-21, 19-21 manakala beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kecundang di tangan Yuta Watanabe-Arisa Higashino 11-21, 11-21.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More