sukan

Selangor Cipta Rekod baharu bedal kelantan FC

Selangor mencipta rekod baharu Liga Super apabila menang besar, 11-2 mengatasi Kelantan FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, sebentar tadi.

Kekalahan itu turut menyaksikan rekod bolos terbesar ketiga The Red Warriors selepas tewas 0-8 kepada Terengganu (14 Ogos 2023) dan 0-10 menentang Johor Darul Ta’zim pada 19 Ogos lalu dalam saingan Liga Malaysia.

Terlebih dahulu, Selangor ketinggalan 0-2 di awal minit perlawanan menerusi sepakan penalti Natanael Siringo Ringo pada minit kelima.

Ringo kemudian melepasi halangan pertahanan The Red Giants, Sharul Nazeem Zulpakar untuk hantaran kemas kepada Mohamad Fazrul Amir yang melakukan jaringan separuh voli untuk gol kedua Kelantan pada minit ke-13.

Kegembiraan tuan rumah tidak lama apabila pelawat merapatkan kedudukan dengan gol pertama menerusi lambungan mudah Yohandry Jose Oronzo Cujia pada minit ke-27.

Sharul Nazeem menebus kesilapan di awal permainan dengan menghadiahkan gol penyamaan pada minit ke-32.Tanpa belas, Selangor menyerang kem Kijang Merah dengan jaringan ketiga penyerang sensasi mereka, Ayron Del Valle Rodriguez pada minit ke-41.

Del Valle terus menjadi duri dalam daging Kelantan apabila menyumbat gol keempat pelawat hanya selang tiga minit kemudian. Richmond Boakye-Yiadom berjaya merobek gawang TRW tiga minit bersambung babak kedua untuk gol kelima Selangor.

Percaturan pelawat memasukkan Faisal Abd Halim yang sebelum ini digantung perlawanan berjaya apabila dia meledak dua gol dengan larian solo minit ke-50 dan melambung bola deras ke gawang TRW tiga minit kemudian untuk gol keenam dan ketujuh Selangor.

Pada minit ke-63, Del Valle menggandakan jaringan untuk gol kelapan dengan rembatan kencang dalam kotak penalti membolehkan anak buah Tan Cheng Hoe berpesta gol.

Gol kesembilan dan ke-10 masing-masing dijaringkan Boakye yang menanduk mudah bola minit ke-78 sebelum mencipta hatrik pada minit ke-86.

sumber:- BH

Del Valle menjaringkan gol keempat beliau untuk jaringan ke-11 pelawat seterusnya menoktahkan kemenangan di hadapan 1,002 penonton di stadium.