sukan

Aksi Juara Dunia berdepan Juara Olimpik

KEJOHANAN Badminton Dunia 2023 bakal menyaksikan pertemuan sengit antara juara dunia dan juara Sukan Olimpik dalam saingan pusingan ketiga di Copenhagen, Denmark malam ini.

Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan membuat perhitungan dengan Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan dalam aksi yang dijadualkan berlangsung di Royal Arena.

Mereka hadir dengan gelaran hebat, Aaron-Wooi Yik turun sebagai juara bertahan manakala Lee Yang-Chi Lin merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Sudah tentu ia akan menjadi perlawanan yang sukar (bertemu Lee Yang-Chi Lin).

“Kami akan buat persediaan. Harap ada luck dan paling penting diri sendiri (fokus kepada perlawanan),” katanya.

Meninjau daripada rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada Lee Yang-Chi Lin yang menang empat daripada enam perlawanan sebelum ini.

Kali terakhir Lee Yang-Chi Lin menang ke atas Aaron-Wooi Yik ialah dalam Kejohanan Badminton Asia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) April lepas.

Sebelum itu, Aaron-Wooi Yik dipaksa bekerja keras sebelum menang ke atas wakil tuan rumah, Jeppe Bay-Lasse Molhede.Pasangan negara tewas kepada Bay-Molhede 18-21 pada set pertama, namun Aaron-Wooi Yik bangkit pada permainan seterusnya untuk menang 18-21, 21-14 dalam saingan awal pagi Khamis.

sumber:- SH

Berbeza pula dengan Lee Yang-Chi Lin yang mara ke pusingan ketiga dengan mudah setelah menumpaskan Akira Koga-Taichi Saito dari Jepun 22-20, 21-16.

Recent Posts

  • sukan

Pasukan baharu Ifwat Akmal

Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More

7 hours ago
  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

8 hours ago
  • sukan

‘Thanks Boss for 20 years’, cetus tanda tanya

'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More

8 hours ago
  • sukan

Bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga — Toh Ee Wei

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More

9 hours ago
  • sukan

Shahidan akhirnya buka mulut dakwaan ugut atlet

Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More

9 hours ago
  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

11 hours ago