sukan

Tuah regu muda Malaysia di Kejohanan Badminton Dunia

BEREGU lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun boleh menarik nafas lega apabila melepasi ujian pertama dalam penampilan sulung Kejohanan Badminton Dunia 2023 di Copenhagen, Denmark pada Selasa.

Mereka menang straight set 21-17, 21-18 ke atas pasangan Perancis, Lucas Corvee-Ronan Labar dalam saingan yang berlangsung di Royal Arena dalam tempoh 42 minit permainan.

Tuah turut mengiringi Wei Chong-Kai Wun apabila ‘melompat’ terus ke pusingan ketiga setelah lawan mereka yang mendapat bye di pusingan pertama, Choi Sol Gyu-Kim Won Ho dari Korea Selatan menarik diri.

Mereka yang layak ke kejohana itu pada saat akhir bakal membuat perhitungan dengan pemenang di antara satu lagi wakil Perancis, Christo Popov-Toma Junior Popov atau pilihan ketiga dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang pada pusingan ketiga.

Dalam pada itu, dua beregu wanita, Anna Cheong-Teoh Mei Xing dan Vivian Hoo-Lim Chiew Sien turut menceriakan kem badminton negara apabila menundukkan lawan masing-masing pada pusingan pertama.

Anna-Mei Xing lulus ujian pertama selepas mengalahkan pasangan Amerika Syarikat, Annie Xu-Kerry Xu 21-14, 21-18.Menanti mereka pada pusingan kedua ialah pilihan kelapan dari Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai.

Vivian-Chiew Sien pula mudah menewaskan Moa Sjoo-Tilda Sjoo dari Sweden 21-14, 21-12.Mereka dijadualkan membuat perhitungan dengan pilihan kelima dari Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota selepas ini.

Bagaimanapun nasib berbeza buat perseorangan wanita profesional, Goh Jin Wei yang terpaksa akur tersingkir awal daripada kejohanan itu.

sumber:- SH

Impian Jin Wei untuk mengejutkan pilihan utama dari Korea Selatan, An Se Young musnah setelah dia tewas 12-21, 14-21.