Pemain tengah Sri Pahang FC, Nur Shamie Iszuan Amin tidak menyangka tersenarai dalam 26 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula 29 Ogos ini.
Pemain yang akan menyambut hari jadi ke-28 bulan depan berkata, dia bersyukur menerima panggilan itu kerana kali terakhir bersama skuad kebangsaan pada kejohanan Piala AFF 2022, Disember lalu.
“Sebenarnya saya tidak sangka tersenarai dalam skuad Harimau Malaya selepas berdepan masalah kecederaan.
“Tetapi saya pernah diberitahu ketua jurulatih (Kim Pan Gon), saya akan dipanggil dan hanya perlu menunggu dan bersedia pada bila-bila masa.
sumber:- BH
“Bagi saya, tersenarai dalam skuad kebangsaan sudah cukup menggembirakan,” katanya.Selain Shamie, turut terpilih daripada skuad Sri Pahang adalah kapten Sergio Aguero dan Nor Azam Azih.