sukan

Lucas Silva legakan Sri Pahang

Kehadiran semula penyerang import dari Brazil, Lucas Silva selepas pulih daripada kecederaan melegakan jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad.

Pengendali itu berkata, fizikal mantap yang dimiliki penyerang itu menjadi sandaran utama dalam memperkasakan jentera serangan skuad Tok Gajah.

“Saya gembira Silva dapat bermain walaupun hanya dalam tempoh 15 minit terakhir ketika berdepan Harini FT, kelmarin.

“Kemasukan Silva adalah untuk menilai sejauh mana prestasi dan tahap kecergasannya selepas pulih daripada kecederaan.”Bagi saya, Silva mencetus impak kepada pasukan kerana memberikan 100 peratus komitmen serta mempamerkan semangat juang selain turut memiliki peluang untuk menjaringkan gol.

sumber:- BH

“Saya harap dia akan berada pada tahap prestasi terbaik terutama membantu jentera serangan di samping Kpah Sherman,” katanya.Silva berdepan masalah kecederaan lutut baru-baru ini dalam musim sulungnya bersama skuad Tok Gajah.