sukan

Lee Zii Jia muncul satu-satunya atlet

PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia muncul satu-satunya atlet dalam program ‘Road To Gold’ (RTG) yang belum menagih bantuan khidmat sokongan daripada Institut Sukan Negara (ISN).

Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Faedzal Md Ramli berkata, ini kerana Zii Jia mempunyai pasukan sokongan sendiri yang membantunya dalam mana-mana kejohanan disertai.

“Bagaimanapun, kami sedia membantu Zii Jia sekiranya beliau memerlukan khidmat sokongan, bertepatan dengan semangat RTG untuk bantu atlet.

“Kita sentiasa tawarkan (khidmat sokongan), cuma beritahu dan kita akan aturkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis “ISN Inspire 2023” dirasmikan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh di sini hari ini.

Ahmad Faedzal berkata, mereka sememangnya berhubung dengan Pengarah Kejurulatihan Team LZJ Wong Tat Meng sekiranya terdapat keperluan bagi pihak pemain nombor 13 dunia itu mendapatkan bantuan sokongan ISN.

Beliau berkata, setakat ini, kesemua wakil profesional lain yang tersenarai dalam program RTG terdiri daripada beregu lelaki Ong Yew Sin-Teo Ee Yi serta dua lagi beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menikmati bantuan dihulurkan ISN.

RTG merupakan program dilaksanakan bagi memburu emas sulung negara dalam Sukan Olimpik 2024 di Paris.

ISN menawarkan khidmat sokongan seperti penganalisis prestasi, ahli fisioterapi dan tukang urut sukan kepada mana-mana atlet badminton termasuk di bawah Program Podium.

Ahmad Faedzal berkata, 13 pegawai sokongan ISN didedikasikan di bawah program RTG, manakala 80 lagi pegawai berkhidmat bagi Program Podium.

Bagaimanapun, beliau berkata, jumlah pegawai terlibat bagi kedua-dua program tersebut mungkin berubah bergantung kepada keperluan atlet.

sumber:- SH

Menurutnya, sebarang perubahan juga akan dibuat dengan melaksanakan analisis bersama jurulatih, pegawai ISN dan atlet sendiri mengenai keperluan yang diminta. – Bernama

Recent Posts

  • sukan

Pasukan baharu Ifwat Akmal

Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More

11 hours ago
  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

12 hours ago
  • sukan

‘Thanks Boss for 20 years’, cetus tanda tanya

'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More

13 hours ago
  • sukan

Bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga — Toh Ee Wei

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More

13 hours ago
  • sukan

Shahidan akhirnya buka mulut dakwaan ugut atlet

Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More

14 hours ago
  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

15 hours ago