sukan

TFC dicabar Kerajaan Negeri

Kerajaan negeri mencabar Terengganu FC (TFC) agar dapat menamatkan saingan Liga Super musim ini sekurang-kurangnya di kedudukan ketiga terbaik.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Negeri Hishamuddin Abdul Karim menegaskan, pihak pengurusan dan barisan kejurulatihan perlu mencari tonik tambahan bagi memastikan impian itu dapat dicapai.

Jelasnya, pencapaian sebenar TFC adalah mampu menghuni di tangga terbaik liga dan bukannya di pertengahan sebagaimana diraih pada musim lalu dengan menamatkan saingan di tangga kedua di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Ukuran sebenar dalam sukan bola sepak ini adalah pencapaian kita dalam saingan Liga Super manakala Piala Malaysia dan Piala FA adalah bonus buat pasukan.

“Jadi jika ranking kita jatuh, pihak pengurusan dan kejurulatihan perlu segera mencari jalan terbaik untuk memperbaiki prestasi pasukan kerana kita tidak mahu berada dalam kelompok tiga pasukan ke bawah, sebaliknya kita mahu pasukan terus meningkat.

“Bagaimanapun saya percaya pihak pengurusan TFC serius untuk memperbaiki prestasi pasukan yang kini dilihat berada pada tahap sederhana dalam liga,” katanya ketika ditemui di Wisma Darul Iman, petang semalam.

sumber:- HM

Terkini skuad bimbingan Tomislav Steinbruckner itu berada di tangga keenam liga dengan mengutip 32 mata menerusi 20 perlawanan, namun peluang buat pasukan itu memperbaiki kedudukan masih terbuka dan belum terlambat.