sukan

JDT bukan Muzium — TMJ

Juara sembilan kali berturut-turut Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) akan terus menjadi kelab yang sentiasa berada di hadapan dan bukannya hanya mementing sejarah lalu hingga menjadi ‘muzium’ pada masa akan datang.

Pemilik kelab JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman Instagramnya memaklumkan pasukannya sentiasa dahagakan rekod baharu dalam usaha meletakkan skuad Harimau Selatan di peringkat lebih tinggi.

Beliau berkata, kelabnya akan terus melangkah ke hadapan seterusnya menjadi perintis dan peneraju kepada industri bola sepak tanah air.

“Rekod demi rekod. Sentiasa mencipta sejarah dan memecahkan rekod. Sentiasa melangkah ke hadapan. Kami peneraju, bukan muzium,” tulis TMJ di Instagram.

JDT yang kini berjaya memintas ranking kelab dari Thailand, Buriram United selaku kelab nombor satu Asia Tenggara turut menunjukkan peningkatan daripada segi kedudukan ranking di Asia.

Mengikut rekod, kelab yang berpangkalan di selatan tanah air itu mencipta sensasi baru-baru ini apabila melonjak naik dan kini menduduki tangga ke-16 terbaik di Asia.

Dalam saingan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim mengukuhkan cengkaman di kedudukan teratas liga dengan 20 kemenangan berturut-turut dicatat JDT.

sumber:- HM

Anak buah kendalian Esteban Solari itu bakal meneruskan cabaran Liga Malaysia di pentas Piala Malaysia 2023 bertemu Kelantan pada Sabtu, 19 April di Stadium Sultan Ibrahim.