Cristiano Ronaldo bertanggungjawab meningkatkan prestij Liga Pro Saudi, menurut penyerang Brazil Neymar yang mengakui tidak sabar menentang pemain Portugal itu selepas dia menyarung jersi Al-Hilal.
Neymar berusia 31 tahun menandatangani kontrak dua tahun dengan kelab berpangkalan di Riyadh kelmarin selepas enam tahun di Paris St Germain dengan kontrak dilaporkan 90 juta euro (RM530 juta).
Pemenang lima kali Ballon d’Or Ronaldo menyertai Al-Nassr pada Disember dengan kontrak 2-1/2 tahun selepas meninggalkan Manchester United.
“Saya percaya Cristiano Ronaldo memulakan ini semua dan semua orang mengatakannya gila dan sebagainya. Hari ini anda boleh lihat liga di sini semakin berkembang dan saya yakin akan terus berkembang,” kata Neymar semalam dalam temuramah pertama selepas perpindahannya.
Liga Pro Saudi melaburkan 600 juta euro (RM3.53 bilion) bagi menarik minat pemain dan jurulatih ternama dari kelab Eropah termasuk pemenang Ballon d’Or Karim Benzema dari Real Madrid, kapten Liverpool Jordan Henderson dan Riyad Mahrez dari Manchester City.
“Ia sangat menarik, bertemu pemain berkualiti tinggi daripada kelab lain dan memotivasikan anda untuk beraksi lebih baik. Bertambah menarik apabila anda menentang Ronaldo, Benzema, (Roberto) Firmino yang menjadikan anda lebih bersemangat,” kata Neymar.
Al-Hilal melantik semula jurulatih Portugal Jorge Jesus dengan kontrak setahun dan menandatangani kapten Wolverhampton Wanderers Ruben Neves, Serbia’s Sergei Milinkovic-Savic, pertahanan Senegal Kalidou Koulibaly dan penyerang Brazil Malcom.
“Saya fikir sangat penting mempunyai skuad yang seimbang, ia membantu anda membuat beberapa keputusan dalam karier anda dan ia perlu untuk saya,” kata Neymar.
“Saya sangat gembira menulis berita baharu dengan objektif bersama kelab dan rakan sepasukan, menjuarai lebih banyak trofi dan memenuhi visi kelab.”Al-Hilal menerima kunjungan Al-Feiha dalam aksi seterusnya Liga Pro Saudi Sabtu ini.