Permintaan lumayan Neymar untuk berpindah ke Arab Saudi didedahkan.
Bintang Brazil itu melengkapkan perpindahan ke Al-Hilal dengan kontrak dua tahun yang akan menyaksikannya meraih gaji mega £2.5 juta (RM14.7 juta) seminggu.
Neymar, 32, tidak syak lagi antara bintang terbesar untuk berpindah ke Arab Saudi pada musim panas kali ini di samping Karim Benzema.
Bagaimanapun, dia tidak didapati dengan harga murah ketika Al-Hilal membayar majikan terdahulunya Paris Saint-Germain £78 juta (RM459.4 juta) selain memberikan Neymar gaji lumayan.
Bekas bintang Barcelona itu difahamkan meminta pemilik Al-Hilal tiga kereta mewah untuk dirinya sendiri dan buat ahli keluarga serta pengiringnya empat Mercedes G Wagons dan satu van Mercedes dengan seorang pemandu.
Neymar juga dilaporkan meminta pemandu itu supaya bersedia 24 jam setiap hari sepanjang tahun buat dirinya, rakan-rakan dan ahli keluarga.
Kereta mewah itu termasuk Bentley Continental GP, Aston Martin DBX dan Lamborghini Huracan, yang jika digabung bernilai kira-kira £510,000 (RM3 juta).
Di rumah, Neymar meminta peti aisnya dipenuhi sepanjang masa dengan minuman jus Acai daripada jenama kegemarannya selain minuman Guarana untuk rakan dan keluarganya.
Dia turut meminta tiga sauna dibina di rumahnya selain lima pekerja sepenuh masa, termasuk cef sos bagi membantu cef peribadinya dari Brazil serta dua orang bagi kerja pembersihan.
Sumber memberitahu, Neymar meminta semua kos penginapannya di hotel, restoran dan bandar yang mungkin dilawatinya pada hari tiada perlawanan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik Al-Hilal.
Didedahkan juga terma peribadinya bersama kelab itu termasuk menggunakan jet peribadi bila mana dia atau keluarganya memerlukan untuk bercuti.
Dia juga mahukan kolam renang di rumahnya dengan ukuran khusus sekurang-kurangnya 10 meter lebar dan 40m panjang.
sumber:- HM
Manakala rumah itu perlu minimum 25 bilik jadi rakan-rakannya, keluarga, pengiring serta pembantunya boleh tinggal bersamanya. – AGENSI
Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More
Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More
Pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei menyatakan rasa kagum terhadap gandingan No. 1 Thailand, Dechapol Puavaranukroh–Supissara Paewsampran yang dianggap… Read More
Pemain Kelantan Darul Naim (KDN) FC, Jasmir Mehat mempersoalkan keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberikan lesen kebangsaan penuh kepada pasukan… Read More
Bertiup kencang ketika ini apabila pemain tengah muda Athletic Bilbao, Mikel Jaureguizar dilaporkan media Sepanyol bahawa bintang berusia 21 tahun… Read More
Skuad Harimau Malaya tidak boleh terlalu selesa meskipun memiliki peluang cerah untuk meraih tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2027… Read More