sukan

Komen Solari aksi Heberty Fernandes

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari nyata berpuas hati dengan aksi dipamerkan pemain import baharu skuad Harimau Selatan itu, Heberty Fernandes.

Malah menurut Solari, kehadiran Heberty, 34, dilihat tepat pada masanya bagi membantu skuad kendaliannya itu melakar beberapa kejayaan sejak kebelakangan ini.

“Ya, kita gembira dengan pemain ini yang juga pemain yang dipilih oleh bos kami, TMJ (Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim).

“Malah, saya sendiri dimaklumkan (oleh baginda), bahawa pemain ini (Heberty) merupakan pemain yang diperlukan oleh pasukan ini (JDT).

“Terbukti, dia (Heberty), menyerlah ketika ini dan tidak salah kalau saya katakan sebagai pemain profesional kehadirannya turut ‘mempengaruhi’ pemain-pemain lain untuk turut mempamerkan aksi terbaik,” katanya pada sidang media sejurus tamat aksi Liga Super berdepan Perak FC di Stadium Sultan Ibrahim, pada Ahad.

Solari berkata demikian bagi mengulas prestasi Heberty yang ketika ini telah meledak lima gol dalam empat perlawanan dimulai dengan satu gol pada debut berdepan Selangor FC 29 Julai lalu.

Dia turut menghadiahkan dua gol pada aksi Piala Malaysia berdepan Kelantan FC pada 4 Ogos, manakala satu gol ketika berdepan Sabah FC pada 9 Ogos dan terbaru meledak jaringan pembukaan berdepan Perak FC, pada Ahad.

Untuk rekod, Heberty dibawa masuk pada jendela perpindahan baru-baru ini bagi menambah sengat jentera serangan skuad Harimau Selatan itu susulan masalah kecederaan yang dialami dua tonggak serangan, Diogo Luis Santo dan Fernando Forestieri ketika ini.

Tambah Solari, dia kini mula menaruh kepercayaan untuk menurunkan pemain kelahiran Brazil itu bagi tempoh 90 minit.Katanya, dengan reputasi selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam saingan Liga Thailand dengan 159 gol daripada 249 perlawanan, Heberty dilihat sudah cukup bersedia untuk beraksi, sekali gus membantu skuad Harimau Selatan itu melakar lebih banyak kejayaan selepas ini.

“Dia (Heberty), kini sudah cukup bersedia untuk beraksi selama 90 minit. Saya memberikannya peluang beraksi pada separuh masa kedua ketika menentang Selangor (FC), kemudian ditambah masa permainannya ketika menentang Kelantan (FC) dan seterusnya dengan Sabah (FC).

sumber:- SH

“Kini, dia memang sudah bersedia untuk beraksi bagi tempoh 90 minit permainan,” katanya.

Recent Posts

  • sukan

Pasukan baharu Ifwat Akmal

Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More

1 hour ago
  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

2 hours ago
  • sukan

‘Thanks Boss for 20 years’, cetus tanda tanya

'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More

3 hours ago
  • sukan

Bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga — Toh Ee Wei

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More

3 hours ago
  • sukan

Shahidan akhirnya buka mulut dakwaan ugut atlet

Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More

4 hours ago
  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

5 hours ago