sukan

FAM sah gantung

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah menggantung seorang penjaga garisan membabitkan aksi Liga Super antara Perak dan Penang di Stadium Perak, Ipoh, Rabu lalu.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman dalam temu bual bersama sebuah stesen televisyen swasta.

Beliau menjelaskan, tindakan pengantungan ke atas penjaga garisan terbabit dikenakan sehingga mesyuarat Jawatankuasa Pengadil FAM yang akan datang.

“Kita mendapat laporan daripada penilai pengadil dan buat masa sekarang kita sudah gantung penjaga garisan itu sehingga mesyuarat Jawatankuasa Pengadil yang akan datang,” katanya.

Penjaga garisan aksi itu mencetuskan kontroversi selepas membenarkan jaringan ketiga Perak yang dihasilkan Seo Seonung pada minit ke-75.

sumber:- BH

Seonung tampak berada dalam keadaan ofsaid ketika menerima bola hantaran daripada Sunday Afolabi sebelum dia melakukan rembatan yang menerjah jaring.