sukan

Pastikan Selangor pulang hampa

Skuad Negeri Sembilan FC (NSFC) sudah sedia menafikan kehebatan Selangor FC menjelang pertembungan kedua-dua pasukan pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam esok.

Malah, skuad Hobin Jang Hobin berjanji bangkit dengan persembahan lebih bertenaga dalam misi mereka mendapatkan keputusan positif selepas dikejutkan dengan kekalahan 0-2 kepada Kelantan FC, pada aksi terdahulu di gelanggang lawan, Rabu lalu.

Penolong jurulatih NSFC, K Nanthakumar melahirkan keyakinan pasukannya sedia menurunkan barisan terbaik termasuk empat pemain import iaitu, Herold Guolon, Hein Thet Aung, Youssef Ezzejjari dan Casagrande.

“Casagrande dalam dua perlawanan sebelum ini tidak dapat diturunkan kerana kurang cergas namun untuk perlawanan dengan Selangor, malam esok, khidmat dia sudah boleh dimanfaatkan.

“Selain Casagrande, dua lagi pemain import juga boleh berada dalam senarai kesebelasan utama iaitu Thet Aung dan Ezzejjari, namun kedudukan Shahrel Fikri Md Fauzi belum pasti kerana masalah kecergasan.

sumber:- HM

“Jadi, persiapan kita berdepan Selangor dilihat lancar dengan barisan pemain terbaik boleh diturunkan, malah pemain juga dilihat begitu bersemangat serta berjanji untuk berikan aksi terbaik bagi mendapatkan kemenangan,”