Pasukan gergasi Malaysia yang juga juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) naik 32 anak tangga lagi dalam ranking kelab dunia.
Peningkatan itu menyaksikan Harimau Selatan yang pada bulan lalu berada di tangga ke-447 dunia mendaki ke kedudukan 415 dunia.
Kelab milik Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu juga kini berada dalam kelompok 20 teratas kelab di rantau Asia berbanding kedudukan ke-31 sebelum ini.
Lebih manis, juara Piala FA dan pendahulu Liga Super 2023 itu kini merampas kedudukan teratas kelab Asia Tenggara daripada wakil Thailand, Buriram United.
JDT di laman Facebook rasmi mereka menjelaskan kedudukan itu berdasarkan data yang dikeluarkan laman analisis bola sepak, Opta Analyst, semalam yang menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak seluruh dunia.
Menurut kelab itu, data daripada laman berkenaan menunjukkan Harimau Selatan yang juga juara Piala AFC 2015 mengumpul 73.7 mata.
sumber:- BH
Tiada pasukan lain dari Malaysia berada dalam senarai kelompok 1,500 dengan pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang lain berada di tangga 1,896 dan ke bawah.