“Ini persembahan terbaik musim ini,” kata pengendali Kelantan United Football Club (KUFC).Ailton Silva berkata demikian ketika mengulas aksi anak buahnya menentang Negeri Sembilan FC, petang semalam dalam saingan Piala Malaysia pusingan ke-16.
Ailton, 56 berkata, meskipun tewas 0-1 namun permainan skuad Kijang Hijau itu adalah terbaik sepanjang musim ini kerana hanya lolos satu gol.
Katanya, mereka hanya sempat berlatih dua hari untuk perlawanan semalam namun pasukan menunjukkan peningkatan berbanding perlawanan sebelum ini.
“Untuk perlawanan akan datang saya tidak ada masalah untuk memilih pemain, dalam perlawanan tadi (semalam) pun pemain tiada yang cedera serius.
“Kita kena fokus sebab ada banyak perlawanan Piala Malaysia dan Liga Super yang semuanya penting,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Negeri Sembilan, K Devan berkata, kemenangan ke atas Kelantan United adalah peluang yang ditunggu pasukan selepas tewas lapan perlawanan sebelum ini.
Katanya, dia yakin pasukannya mampu melonjak ke tangga lima atau enam dengan kedudukan terkini di tangga kesembilan.
“Pasukan menunjukkan prestasi bagi dengan kemasukan import Hein Htet Aung dan Youseff Ezzejjari yang baru dua hari sampai dan turun buat pertama kali dalam perlawanan ini.
“Pemain yang cedera seperti Shahrel Fikri Md Fauzi juga sudah kembali ke skuad,” katanya.
Beliau berkata, kehadiran Shahrel dan Casagrande juga memberi pilihan untuk beliau membuat pilihan di bahagian serangan.
Katanya, isu kewangan juga turut merencat perancangan Skuad Jang untuk berbelanja besar bagi menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia.
“Harap ada perubahan yang positif selepas ini daripada segi kewangan atau bajet pasukan, setakat ini kita cuba jimatkan perbelanjaan,” katanya.
sumber:- HM
Beliau bagaimanapun memuji skuad Jang yang tetap bekerja keras ketika turun padang walaupun ketika melawan Terengganu dalam aksi lalu dengan hanya satu import.
Skuad hoki negara terpaksa akur dengan kebangkitan New Zealand selepas tewas 3-4 dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Kejohanan Piala Negara-Negara… Read More
Di sebalik prestasi memberangsangkan barisan beregu lelaki negara, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky memberi peringatan tegas… Read More
Kancah Liga A1 Semi Pro 2025-2026 bakal menjadi pertarungan lebih meriah apabila 16 pasukan mengesahkan penyertaan dalam saingan separuh profesional… Read More
Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More
Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More
Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More