Rentetan beberapa insiden penyokong dan penolong jurulatih dipukul, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bertekad menggandakan usaha bagi membendung apa jua bentuk keganasan dalam arena bola sepak dalam negara.
Presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin berkata FAM telah bertindak mengikut saluran yang betul berhubung dua insiden pukul yang menggemparkan itu.
“Saya menyeru supaya perkara ini tidak terjadi lagi, kita cuba untuk minimumkan ataupun zero tolerance berkaitan isu hooligan. Apa yang terjadi diharap memberi pengalaman kepada kita untuk terus bendung perkara ini,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Hamidin yang juga Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkata secara realiti perkara sedemikian boleh terjadi bukan sahaja di Malaysia, malah di luar negara, biarpun terdapat peraturan yang jelas menghalang sebarang keganasan berlaku.
“FAM dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) ataupun pihak berkuasa sentiasa ada untuk melihat perkara ini dan perketatkan (kawalan), tetapi jika sesuatu perkara itu sudah terjadi ia berada di luar kawalan,” katanya.
Beliau berkata siasatan yang dilakukan FAM berhubung insiden itu masih lagi berjalan.Sebelum ini, seorang penyokong Kuala Lumpur City FC (KL City) cedera selepas dipukul pada final Piala FA 2023 membabitkan pertembungan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan KL City di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri bulan lepas.
sumber:- BH
Awal bulan ini pula akhbar tempatan melaporkan FAM menerima aduan daripada Selangor FC berhubung penolong jurulatihnya, Ramon Marcote dipukul pada aksi separuh akhir Piala FA bertemu JDT, Jun lepas.
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More
Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, mengakui fenomena Harimau Malaya membangkitkan keterujaannya untuk menjadi sebahagian daripada revolusi baru bola… Read More
Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More
Bekas jurulatih skuad muda Vietnam, Hoang Anh Tuan, berpandangan pemain warisan yang turun memperkuatkan Harimau Malaya sebelum ini 'masih belum… Read More
KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan pihak pengurusan ada ‘kejutan’ menarik bagi melengkapkan jadual antarabangsa buat pasukan kebangsaan… Read More
Media Sepanyol, Estadio Deportivo, melaporkan pemain muda berpotensi besar Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar, berkemungkinan memiliki pertalian darah dan boleh mewakili… Read More