Seorang jurulatih bola sepak China yang menampar kepala pengadil semasa perlawanan divisyen dua bulan lalu, dikenakan penggantungan perlawanan selama lapan bulan dan denda 150,000 yuan (RM94,900), kata persatuan bola sepak China (CFA), hari ini.
Semasa perlawanan pada 23 Julai di Nanjing, selepas menerima kad merah kerana menghina pengadil, jurulatih Liaoning Shenyang, Duan Xin ‘terbabit dalam tingkah laku ganas, memukul muka pengadil, mengakibatkan kesan sosial yang negatif,’ kata kenyataan CFA.
Untuk hukuman itu, dia dilarang memasuki stadium bagi menyaksikan perlawanan selama lapan bulan dan didenda 150,000 yuan.
“Persatuan Bola Sepak China akan bertindak tegas terhadap semua jenis pelanggaran peraturan dan disiplin mengikut peruntukan Kod Tatatertib Persatuan Bola Sepak China.
“Kami berharap semua pihak yang terlibat akan bekerjasama untuk mengekalkan ketenteraman di padang dan memelihara persekitaran pembangunan bola sepak sedia ada,” katanya.
sumber:- HM
Bagaimanapun ramai yang menganggap hukuman dikenakan terhadap Duan adalah terlalu ringan.Notis CFA itu bertarikh 29 Julai, tetapi hanya disiarkan pada hari ini di laman web mereka.