Dua pemain negara, Dion Cools dan Safawi Rasid mendapat pengiktirafan selepas dinamakan dalam kesebelasan utama ‘Pasukan Impian ASEAN’ Liga Thailand bagi musim ini.
Perkembangan itu dikongsikan laman rasmi Thai League menerusi satu poster yang menampilkan kelibat dua pemain kebangsaan itu.
Dalam poster terbabit, Cools membarisi benteng pertahanan sementara Safawi mengisi bahagian sayap kiri.
Sebagai rekod, Cools boleh dianggap sebagai antara pemain yang menyerlah selepas menjadi tonggak buat Buriram United meraih gelaran ‘trebel’ pada musim ini.
Menyertai Buriram United dari kelab Republik Czech, Jablonec, pemain berusia 27 tahun itu membantu pasukan itu memenangi Liga 1 Thai sekali gus layak beraksi di Liga Juara-Juara Asia (ACL) bagi musim 2023-24.
sumber:- BH
Selain itu, dia turut merangkul Piala Liga Thai dan juga Piala FA Thai bersama pasukan terbabit.Safawi pula pernah bersama Ratchaburi FC dan beraksi dalam 16 kali perlawanan dengan meledak satu gol ketika membantu kelabnya menewaskan Chonburi 2-1. Bagaimanapun, ‘jodohnya’ bersama Ratchaburi tidak panjang selepas dia kembali ke Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Mei lalu.
Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More
Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More
'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More
Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More
Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More
Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More