sukan

Nasihat ikhlas saya cukuplah menipu — TMJ

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegur sikap segelintir pihak yang gemar mengalih pandangan atau mereka-reka cerita terutama selepas tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Jelas Tunku Ismail yang juga pemilik JDT, kegagalan pasukan lawan memberi saingan kepada skuad Harimau Selatan adalah disebabkan kelemahan di peringkat pengurusan yang gagal merancang dengan sebaiknya.

“Takkan setiap tahun apabila gagal ada sahaja alasan atau salah orang lain. Mengapa susah sangat nak terima kegagalan itu datang daripada kegagalan merancang pihak pengurusan sendiri.

“Apabila gagal dan nak mengalihkan perhatian terhadap kegagalan tersebut daripada penyokong sendiri terus salahkan pihak lain,” katanya di laman sosial Story Instagram miliknya.

Ujarnya lagi, peminat dan penyokong sering menjadi mangsa atas alasan yang direka oleh pihak tertentu itu.”Penyokong yang kurang arif untuk membuat penilaian sendiri terus percaya pihak pengurusan kelab buta-buta. Cerita yang sama setiap tahun.

“Apabila kita susah nak terima kelemahan kita dan bersikap tidak mengambil tanggungjawab, maka kita tidak akan ke mana-mana.

“Nasihat ikhlas saya cukuplah menipu dan memperdaya penyokong sendiri dengan ‘hype hype’ yang tak masuk akal dan salahkan pihak lain,” katanya.

Walaupun kenyataan itu tidak dinyatakan secara tepat kepada siapa, namun difahamkan teguran Tunku Ismail itu buat pasukan di Liga M yang sering memberi alasan selepas tewas kepada JDT.

sumber:- HM

Antara alasan yang sering digunakan adalah isu pengadilan yang dikatakan sering memihak JDT selain beberapa isu lain lagi.

Recent Posts

  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

33 minutes ago
  • sukan

Kontrak Akhyar masih belum ditebus

Peminat Terengganu FC (TFC) boleh menarik nafas lega selepas pemain sayap lincah, Akhyar Rashid belum lagi dirisik secara rasmi mana-mana… Read More

2 hours ago
  • sukan

Bekas bintang Harimau Malaya mendonia

Bekas pemain naturalisasi Harimau Malaya, Liridon Krasniqi, kembali mencuri tumpuan dunia apabila menampilkan permainan luar biasa dalam Baller League, baru-baru… Read More

3 hours ago
  • sukan

Bintang EPL mengamuk dengan Singapura

Pemain pinjaman Sheffield United, Hamzah Choudhury, kelihatan berang dengan pemian Singapura selepas tamat perlawanan Kelayakan Piala Asia, Selasa lalu. Ini… Read More

3 hours ago
  • sukan

Taring skuad Malaysia makin tajam dengan kehadiran Bergson, Hidalgo

Taring skuad Harimau Malaya khususnya di jentera hadapan pasukan dijangka bertambah berbisa sebaik dua calon naturalisasi iaitu Bergson da Silva… Read More

4 hours ago
  • sukan

Selesaikan segera isu Pearly-Thinaah

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mahu isu membabitkan kontrak beregu wanita negara, Pearly… Read More

4 hours ago