Sabah menebus kekecewaan tewas di tangan Selangor, Ahad lalu apabila melakar kemenangan tipis 2-1 berdepan Penang di Stadium Bandaraya, di sini, malam tadi.
Skuad Harimau Kumbang turun tanpa tonggak importnya, Sonny Saad selain bek tengah, Khairul Akmal Rokisham dan pemain pertahanan, Faris Shah yang kesemuanya direhatkan kerana kecederaan.
Penang yang dilihat lebih banyak mengasak pada awal permainan bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan pemain tengah Sabah, Mohd Irfan Fazail pada minit kesembilan.
Penyerang import baharu Sabah, Ramond Machado kemudian meletakkan skuad Badak lebih selesa apabila meledak gol kedua pada masa kecederaan babak pertama.
Bersambung babak masa kedua, anak buah Datuk Ong Kim Swee terus menguasai permainan meskipun
seorang pemainnya terpaksa diusung keluar padang selepas dirempuh Ousmane Fane.Situasi itu memaksa pengendali Penang, Manzoor Azwira Abd Wahid melakukan perubahan termasuk menggantikan gandingan tengah, Adriano Adriano Aparecido dan Amer Azahar dengan R Kogileswaran dan Alif Ikmalrizal Anuar pada minit ke-62.
Kemasukan Alif Ikmalrizal ternyata tidak sia-sia apabila pemain skuad bawah 23 tahun itu berjaya meledak gol pertama buat skuad Harimau Kumbang pada minit ke-76.
sumber:- BH
Penang bagaimanapun tidak berjaya mendapatkan gol penyamaan, sekali gus gagal menyekat Sabah daripada membawa pulang tiga mata.