sukan

Gembira kembali mengganas

Ledakan hatrik penyerang Kuala Lumpur City FC (KL City), Romel Morales ketika membantu pasukannya membelasah Kelantan FC 5-1 pantas mendapat pujian penolong jurulatih, Miroslav Kuljanac.

Jelas Kuljanac, beliau gembira dengan prestasi terkini Morales yang dianggapnya semakin hampir menemui semula sentuhan lamanya yang hilang sebelum ini.

“Sekarang, perlahan-lahan dia mendapat rentak dan mengembalikan wajah sebenarnya sebagaimana pemain yang pernah kami kenali sebelum ini.

“Apabila saya tiba di sini, saya melihat dia menjalani latihan, saya beritahu dia bahawa perlu lebih serius atau lebih profesional untuk bermain di saingan divisyen satu negara lain yang lebih tinggi dari liga ini.

“Cara dia menyentuh bola, bermain dan menggelecek, dia ada kemahiran yang baik.”Tapi tak mengapa, dia masih muda dan suka bermain di sini, jadi saya gembira dengan kebangkitannya hari ini,” katanya yang menjadi pengganti sementara sebelum ketibaan pengganti Bojan Hodak iaitu Nenad Bacina yang akan memulakan tugas pada 1 Ogos ini.

Terdahulu, dalam aksi Liga Super babitkan kedua-dua pasukan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras semalam, menyaksikan Kelantan FC terlebih duku mendahului menerusi sepakan percuma Leonardo Rolon seawal minit ketiga.

sumber:- HM

Tuan rumah kembali menyusun rentak dan pesta gol KL City bermula menerusi jaringan Zhafri Yahya di minit 25 sebelum Morales meledak tiga gol, masing-masing di minit 47, 65 dan 90, manakala satu lagi gol disumbangkan oleh J Partiban di minit 84.