sukan

Sri Pahang FC terus dirundung malang

Ketika Sri Pahang FC bersedia melayan kunjungan Perak FC di Stadium Darul Makmur petang esok, masalah kecederaan dan demam dialami beberapa pemain skuad itu.

Justeru, pengendali Tok Gajah, Fandi Ahmad mengesahkan bahawa akan ada perubahan yang dilakukan untuk memastikan skuad itu berada pada prestasi terbaik terutama misi beroleh kemenangan tercapai.

“Kecederaan memang ada tetapi bersyukur kerana tiada penggantungan pemain. Pada masa sama, kami masih memantau situasi beberapa pemain yang mengalami demam.

“Namun, segalanya sudah dilakukan untuk meletakkan barisan pemain lebih cergas dan bersemangat berdepan Perak yang turut inginkan kemenangan,” kata legenda bola sepak Singapura itu.

Bagi mencapai misi tiga mata itu, Fandi mahu anak buahnya sentiasa mengekalkan fokus dan berdisplin sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.

Katanya, pemain perlu bekerja keras dan meningkatkan motivasi serta membentuk kerjasama berpasukan selain tidak mengulangi kesilapan ketika tewas 0-4 kepada Sabah FC pada 15 Julai lalu.

“Pada perlawanan esok, saya menghormati Perak kerana mereka turut memiliki pemain pantas yang boleh memberi ancaman di bahagian pertahanan.

sumber:- HM

“Oleh itu pemain perlu lebih berwaspada dan menutup segala ruang kerana Perak juga memiliki beberapa pemain baharu,” katanya.