sukan

Kelantan FC kembali dibelasah

Kuala Lumpur (KL) City bangkit dari ketinggalan untuk membelasah Kelantan 5-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Skuad City Boys terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan pembukaan The Red Warriors (TRW) seawal minit ketiga hasil sepakan percuma Leonardo Rolon.

Zhafri Yahya bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan buat tuan rumah apabila rembatannya menerjah jaring pada minit ke-26.

KL City yang dibimbing penolong ketua jurulatih Miroslav Kuljanac susulan penghijrahan Bojan Hodak ke kelab Indonesia, Persib Bandung berada di depan hanya kira-kira dua minit selepas bersambung babak kedua menerusi jaringan Romel Morales.

Pemain kelahiran Colombia itu kemudian mengukuhkan kedudukan City Boys apabila mudah menampan masuk bola hantaran Kamal Azizi Zabri pada minit ke-65.

Pemain gantian, J Partiban meneruskan pesta KL City apabila meledak gol keempat pada minit ke-84 sebelum Morales melengkapkan hatriknya dalam perlawanan itu pada masa kecederaan.

sumber:- BH

Kemenangan itu menyaksikan KL City memintas Terengganu di kedudukan keenam liga dengan mengumpul 28 mata selepas mengharungi 18 perlawanan manakala Kelantan pula kekal di tangga tercorot dengan hanya mengutip lima mata.

Recent Posts

  • sukan

Jurulatih bola sepak ditahan cabul dua remaja perempuan

 Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More

38 minutes ago
  • sukan

Endrick Dos Santos kembali ke Vietnam selepas belasah Vietnam

Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More

1 hour ago
  • sukan

TERKINI : JDT sah sambar pemain berstatus bintang

Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More

2 hours ago
  • sukan

Toh Ee Wei tertarik dengan gandingan No. 1 Thailand

Pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei menyatakan rasa kagum terhadap gandingan No. 1 Thailand, Dechapol Puavaranukroh–Supissara Paewsampran yang dianggap… Read More

2 hours ago
  • sukan

Pelik , Macam mana boleh beri

Pemain Kelantan Darul Naim (KDN) FC, Jasmir Mehat mempersoalkan keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberikan lesen kebangsaan penuh kepada pasukan… Read More

2 hours ago
  • sukan

Bakal pemain warisan baharu Malaysia punyai nilai pasaran yang amat tinggi

Bertiup kencang ketika ini apabila pemain tengah muda Athletic Bilbao, Mikel Jaureguizar dilaporkan media Sepanyol bahawa bintang berusia 21 tahun… Read More

3 hours ago