Prestasi semasa dengan berada di tangga kedua Liga Super menyaksikan Selangor FC kini menjadi pasukan yang disebut-sebut untuk mengisi slot Piala AFC 2024.
Bagaimanapun, mereka perlu konsisten untuk menjamin kedudukan di tangga kedua dan tidak boleh mencicirkan mata dalam baki saingan yang masih berbaki lapan perlawanan lagi.
Bagi menjamin tempat ke Piala AFC, skuad kendalian Tan Cheng Hoe perlu sekurang-kurang menang enam perlawanan bagi mengelak dipotong oleh pasukan di tangga ketiga.
Ketika ini, Selangor mengumpul 40 mata dan dibezakan enam mata dengan Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Sri Pahang FC yang berada di kedudukan ketiga serta keempat carta liga.
Ketua jurulatih Selangor, Cheng Hoe tidak mahu anak-anak buahnya berasa selesa berada di kedudukan kedua Liga Super 2023 dan mahu pasukan kekal konsisten bagi menjamin slot ke Piala AFC.
Cheng Hoe berkata, biarpun The Red Giant kini berada di kedudukan kedua Liga Super, namun mereka tidak boleh berasa selesa kerana masih mempunyai banyak perlawanan yang perlu ditempuhi bagi mengesahkan slot ke pentas Asia.
“Kita ada beberapa perlawanan lagi untuk dimainkan dalam lapan ke sembilan perlawananan dan kita perlu lebih fokus dalam setiap perlawanan agar tidak kehilangan mata.
“Apa penting adalah kita ada pemain yang bagus, pihak pengurusan yang baik dan kita kena terus fokus bagi capai matlamat yang telah ditetapkan,” katanya dalam sidang akbar selepas membenam Sabah FC 1-0 dalam aksi Liga Super kelmarin.
Dalam perlawanan itu, Ayron Del Valle muncul wira apabila berjaya menyudahkan umpanan Richmond Boakye pada minit ke-23, sekali gus menyumbang tiga mata penting buat Gergasi Merah.
Kemenangan dalam aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu mengukuhkan kedudukan Selangor di tangga kedua Liga Super dengan 40 mata, 11 mata di belakang pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Mengulas mengenai aksi Liga Super seterusnya menentang JDT pada minggu hadapan yang kini gah di puncak liga tanpa sebarang kekalahan, Cheng Hoe berkata, pemainya perlu bekerja keras untuk berdepan skuad Harimau Selatan.
“JDT sememangnya berada di tahap yang berlainan jika kita lihat baik di Liga Super ataupun Piala FA yang baru mereka juarai tampak kekuatan mereka cukup baik dan seimbang.
“Tetapi kita perlu bekerja lebih keras untuk bersaing dengan mereka sebab jika JDT main di tempat mereka (Stadium Sultan Ibrahim) memang cukup kuat dan gagah,” kata Cheng Hoe
Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More
Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More
'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More
Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More
Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More
Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More