sukan

Esteban Solari Akui Terkejut

Esteban Solari tidak menduga Shio Hong Wan mampu melakukan jaringan jarak jauh yang memecah kebuntuan pada final Piala FA menentang Kuala Lumpur City di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri kelmarin.

Pemain tengah berusia 22 tahun yang dilahirkan di Croydon, England itu mencetak gol pertama Johor Darul Ta’zim (JDT) pada minit ke-65 menerusi rembatan dari jarak 30 meter yang menggegar jaring gol lawan mengatasi penjaga gol Kevin Mendoza sebelum Leandro Velasquez menyumbat gol kedua kemenangan 2-0 pada minit ke-74.

Saya gembira dengan kualiti permainannya. Dia seorang pemain yang memberi sepenuh jiwa raga apabila turun beraksi malah saya memberitahu kepadanya akan tiba masanya dia akan jaringkan gol.

“Dia juga kerap membantu rakan sepasukan dengan bertindak menghalang pemain lawan di posisi tengah,” kata pengendali JDT yang juga bekas penolong jurulatih skuad B-23 Argentina.

Solari juga tidak menafikan pemainnya bergelut untuk menjinakkan KL City sebelum melakar kemenangan malam tadi.Corak permainan skuad kendalian Bojan Hodak pada aksi final mencetus kesukaran kepada pemainnya yang terpaksa bertungkus-lumus bagi mencari jaringan sebelum akhirnya berjaya mempertahankan kejuaraan.

“Malam ini (malam tadi) anda sendiri lihat ia perlawanan sukar bagi kami kerana ia aksi final walaupun kami kerap melakukan serangan dan mencipta peluang malah ia bukan mudah tapi kami ada keyakinan serta kesabaran untuk terus menguasai permainan.

“Walaupun kami menguasai permainan pada babak pertama tetapi kami bergelut untuk merobohkan benteng mereka dan akibatnya pemain kami tampak mula keletihan selepas melakukan pelbagai gerakan dan transisi.

sumber:- BH

“Ketika waktu rehat, saya beri kata-kata semangat untuk mereka lebih bersabar dan perbaiki apa jua kesilapan di babak pertama. Selepas itu mereka mula pamer kegarangan dan usaha berterusan membuahkan hasil buat kami,” katanya.