sukan

Kapten KL City akui punca tumbang ditangan JDT

Kapten KL City FC, Paulo Josue mengakui jaringan bak peluru Shio Hong Wan menjadi faktor kekalahan 0-2 pasukannya kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi final Piala FA, sebentar tadi.

Menurut pemain naturalisasi itu, dia dan rakan sepasukan sudah beraksi dengan baik di Stadium Sultan Ibrahim sebelum dibolosi dengan jaringan cantik dari jarak jauh pemain tengah skuad Harimau Selatan itu selepas setengah jam permainan.

“(Kekalahan) ini adalah sebahagian daripada bola sepak. Kita bertemu pasukan yang terbaik di Asia Tenggara tetapi kami dapat memberikan aksi yang terbaik menentang JDT.

“Kita melakukan tugas yang baik pada babak pertama dan turun dengan mentaliti sama pada babak kedua. Kemudian kami dibolosi dengan gol yang cantik dari jarak jauh.

“Saya tetap berbangga dengan pasukan kerana kami layak ke final ketiga dalam tempoh tiga tahun walaupun berdepan beberapa masalah. Apapun, tahniah kepada JDT,” katanya.

Pada aksi final terbabit, JDT berjaya mempertahankan Piala FA yang dimenangi mereka pada tahun lalu sekali gus menghimpun kejuaraan ketiga.

sumber:- BH

Dua jaringan pada babak kedua masing-masing menerusi Hong Wan dan Leandro Velazquez membolehkan JDT merakam kemenangan 2-0 ke atas lawan yang menewaskan mereka dengan keputusan sama pada final Piala Malaysia 2021.