sukan

Tiada siapa berani

Penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berdepan KL City FC pada aksi final Piala FA 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Skuad Harimau Selatan jelas turun sebagai pasukan pilihan berdasarkan prestasi semasa namun KL City FC menyimpan hasrat untuk sekali lagi mencipta kejutan ke atas lawan sama.

Berikut adalah ramalan beberapa jurulatih dan bekas pemain mengenai aksi final Piala FA malam ini:

1. Bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir, (JDT 3 KL City 0)

“Berdasarkan kepada saingan Liga Super apabila JDT sering membelasah KL City FC dengan jaringan besar, ia sekali gus memberi gambaran keputusan pada final Piala FA”

2. Bekas jurulatih PDRM FC, Mohd Fauzi Pilus (JDT 2 KL City 0)

“Saya ramal JDT menang 2-0 namun bergantung kepada aksi JDT di separuh masa pertama sama ada dapat membunuh perlawanan lebih awal ataupun tidak dan JDT ada kelebihan besar jika KL City FC bergelut.”

3. Bekas jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah (JDT 3 KL City 0)

“Kelebihan pada JDT dengan barisan pemain yang dimiliki selain musim 2023 ini boleh dianggap sebagai musim terbaik JDT berdasarkan prestasinya dalam Liga Super”

4. Pemerhati bola sepak tempatan, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim (JDT 2 KL City 1)

“JDT tidak akan dikejutkan KL City FC pada final kali ini memandangkan mereka sudah belajar daripada kesilapan mereka yang lalu dan memiliki cara terbaik untuk berdepan dengan KL City FC”

5. Jurulatih TFC, Tomislav Steinbruckner (JDT 2 KL City FC 0)

sumber:- BH

“JDT akan mempertahankan gelaran atas faktor beraksi di laman sendiri, kualiti pasukan yang lebih memihak kepada JDT tetapi KL City FC tetap ada peluang dengan peningkatan pertahanan dan mencari peluang menerusi serangan balas pantas.”

Recent Posts

  • sukan

Saham ‘botak viral’ terus melonjak

Pendatang baru Liga Turkiye, Kocaelispor dilaporkan berminat mendapatkan khidmat penyerang baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo. Minat terhadap penyerang kelahiran Brazil… Read More

40 minutes ago
  • sukan

“Kalau FIFA tak benarkan , Kenapa beraksi”

Pemain warisan meletakkan penanda aras yang tinggi dalam skuad kebangsaan selepas kejayaan membelasah gergasi Asia Tenggara, Vietnam 4-0 dalam aksi… Read More

1 hour ago
  • sukan

Nama Shin Tae-yong kini jadi sebutan sebagai pengendali baharu

Skuad kebangsaan China dilaporkan bersedia untuk memburu khidmat bekas ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong. Perkembangan ini hadir ketika pasukan kebangsaan… Read More

2 hours ago
  • sukan

DMA Islam kecewa pertarungan batal saat akhir

PEMPENGARUH media sosial, DMA Islam meluahkan rasa kecewa apabila pertarungan tinju menentang Abang Koroy sempena Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025)… Read More

2 hours ago
  • sukan

Muka tetap Harimau Malaya jadi pilihan pasukan

Imigresen dilaporkan sedang dalam proses mendapatkan enam pemain yang pernah menyarung jersi Harimau Malaya bagi menghadapi saingan Liga Super musim… Read More

3 hours ago
  • sukan

Onana jadi kambing hitam

MANCHESTER United dinasihatkan agar tidak membazir wang untuk mencari pengganti Andre Onana. Nasihat ini datang daripada seorang legenda kelab yang… Read More

3 hours ago