sukan

Seperti dijangka dikuasai JDT

Kehangatan aksi final Piala FA 2023 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur City FC (KL City) malam ini tampak di dominasi penyokong Harimau Selatan yang jelas dipenuhi lautan ‘merah biru’.

Stadium Sultan Ibrahim yang di pilih menjadi gelanggang pertembungan antara skuad kendalian Esteban Solari dan Bojan Hodak itu bakal menyaksikan lebih 35,000 penyokong bersedia untuk mengegarkan dengan sorak gegak gempita pada final musim ini.

Sejak jam 3.30 petang suasana mula meriah apabila penyokong JDT mula memenuhi kawasan parkir bagi menyaksikan aksi final.

Kemeriahan di Stadium Sultan Ibrahim dapat dirasai apabila penyokong yang jelas terdiri daripada penyokong JDT dan KL City mula beratur untuk memasuki stadium.

Bagi Fairiz Zainal Abidin dari Johor Bahru, dia teruja untuk menyaksikan final buat pertama kali walaupun JDT kerap kali menempah slot ke final.

“Memang teruja kerana ini pertama kali hadir untuk melihat sendiri aksi final dan saya bersama seorang anak ingin melihat sendiri pasukan kesayangan menjulang piala berkenaan,” kata Fairiz.

Turut hadir Nurul Syafiqah M Sukir yang berasal dari Batu Pahat yang hadir seawal 2 petang walaupun mengandung enam bulan berkata kehadirannya ke stadium bersama suami, Mohd Syafiq Mohd Yasin tidak menghalang untuk memberi sokongan kepada skuad Harimau Selatan.

“Ia sejarah yang saya tidak akan lupakan kerana final kali ini buat pertama kali bermain bukan di Stadium Nasional Bukit Jalil ditambah pula dengan keadaan saya yang mengandung dan berharap tuah milik JDT untuk mempertahankan kejuaraan musim lalum,” kata Nurul Syafiqah.

sumber:- HM

Walau bagaimanapun penyokong tegar KL City ‘City Boys’ tidak kelihatan di perkarangan stadium, sebaliknya penyokong ‘Boys Of Straits’ tampak menguasai perkarangan stadium.

Recent Posts

  • sukan

Pasukan baharu Ifwat Akmal

Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More

9 hours ago
  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

10 hours ago
  • sukan

‘Thanks Boss for 20 years’, cetus tanda tanya

'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More

11 hours ago
  • sukan

Bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga — Toh Ee Wei

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More

11 hours ago
  • sukan

Shahidan akhirnya buka mulut dakwaan ugut atlet

Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More

12 hours ago
  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

13 hours ago