Arab Saudi melancarkan bidaan lumayan untuk membawa Kylian Mbappe ke Liga Pro Saudi selepas bintang itu disisihkan daripada skuad Paris Saint Germain (PSG) mengharungi pramusim di Jepun.
Penyerang berusia 24 tahun terbabit enggan menandatangani kontrak lanjutan yang berbaki setahun bersama PSG dan gergasi Ligue 1 sudah mencari jalan bagi memastikan Mbappe tidak meninggalkan pasukan berkenaan secara percuma, tahun depan.
Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi sebelum ini berkata ‘kami mahu dia (Mbappe) kekal tetapi dia tidak boleh meninggalkan pasukan secara percuma.’
Ketika pemain itu dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid, ‘pencabar’ baharu hadir dari Liga Pro Saudi yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu.
Foot Mercato melaporkan kerajaan Arab Saudi sudah memulakan gerak kerja untuk memastikan rundingan itu dapat dilaksanakan.
Arab Saudi bersedia menawarkan kontrak yang begitu lumayan selepas mereka gagal mendapatkan Lionel Messi.Laporan sama turut menyebut bahawa Mbappe akan menyertai Al-Hilal – pasukan yang dianggap premium oleh kerajaan Arab Saudi.
Setakat ini, Al-Hilal sudah menandatangani Ruben Neves dari Wolves, Kalidou Koulibaly (Chelsea) dan Sergej Milinkovic-Savic (Lazio).
Meskipun tiada maklumat lanjut mengenai gaji yang bakal ditawarkan kepada Mbappe namun dijangkakan dia bakal menerima gaji yang begitu lumayan.
sumber:- BH
Sebagai perbandingan, Jordan Henderson yang menyertai Al-Ettifaq yang tidak dimiliki secara terus oleh kerajaan Arab Saudi menerima gaji RM4.1 juta seminggu. -AGENSI