sukan

Malaysia mampu tembus

Misi skuad Harimau Malaya untuk mendaki 16 anak tangga lagi dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk berada dalam kedudukan ke-120 dunia tampak boleh direalisasikan menjelang hujung tahun ini.

Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed mengakui sasaran itu tidak mustahil untuk dicapai sekiranya skuad kebangsaan terus konsisten meraih keputusan positif dalam baki aksi persahabatan dan Pestabola Merdeka.

Jelasnya, aksi antarabangsa yang bakal diharungi anak buah Kim Pan Gon perlu dimanfaatkan sebaik mungkin bagi mengutip seberapa banyak mata untuk terus melonjak dalam ranking FIFA.

“Pada September nanti, kita ada dua aksi persahabatan dan salah satunya menentang China.”Dalam dua perlawanan persahabatan pada September itu, kalau menang satu pun sudah cukup untuk tiup semangat (pasukan) sebelum sepak mula Piala Asia.

“Kalau kita boleh menang satu perlawanan dan juga mencipta keputusan positif pada Pestabola Merdeka, sudah tentu kita boleh boleh capai ranking 120,” katanya.

Firdaus ditemui ketika Majlis Pelancaran Perlawanan Piala Agong dan Pertandingan Piala Emas Raja-Raja Tahun 2023 serta Mesyuarat Tahunan Ke-66 Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBSMM), hari ini.

Terdahulu, skuad kebangsaan terus menunjukkan peningkatan apabila mendaki satu lagi anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-136 dunia.

Kemaskini terbaharu ranking FIFA itu menyaksikan skuad kebangsaan menghimpun 1091.57 mata, ketinggalan kira-kira empat mata di belakang Filipina (1095.66 mata).

sumber:- BH

Kenaikan satu anak tangga itu sedikit sebanyak menunjukkan peningkatan positif diperagakan skuad kebangsaan di bawah bimbingan Pan Gon.

Recent Posts

  • sukan

Pasukan baharu Ifwat Akmal

Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More

6 hours ago
  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

7 hours ago
  • sukan

‘Thanks Boss for 20 years’, cetus tanda tanya

'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More

8 hours ago
  • sukan

Bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga — Toh Ee Wei

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More

8 hours ago
  • sukan

Shahidan akhirnya buka mulut dakwaan ugut atlet

Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More

9 hours ago
  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

10 hours ago