sukan

JDT sah sambar penjaring terbanyak Liga Thailand

Barisan pertahanan pasukan Liga Super tampak bakal berdepan satu lagi masalah selepas pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) membawa masuk seorang lagi penggempur berbisa pada jendela perpindahan kedua.

Meskipun sudah memiliki gandingan penyerang berbisa seperti Bergson da Silva, Fernando Forestieri serta Arif Aiman Hanapi, JDT terus ‘bernafsu’ apabila mengikat bekas pemain Bangkok United, Heberty Fernandes.

JDT mengumumkan ketibaan pemain itu menerusi satu klip video di laman Johor Southern Tigers.

Kehadiran pemain dari Brazil itu adalah mengisi kekosongan Diogo Santo yang tidak dapat digunakan selama beberapa bulan.Pemain itu jelas memiliki reputasi tersendiri apabila melihat jumlah jaringan yang diledak olehnya ketika beraksi di Liga Thailand sebelum ini.

Sebagai rekod, Heberty memegang status sebagai penjaring terbanyak Liga Thailand apabila menjaringkan 159 gol dalam 249 perlawanan di negara terbabit.

sumber:- HM

Malah, pengalaman beraksi di Asia Tenggara bersama beberapa lagi kelab di Thailand seperti Ratchaburi FC dan Muangthong United pasti membantu dia menyesuaikan diri dalam Liga Malaysia (Liga M).

Recent Posts

  • sukan

Pelik , Macam mana boleh beri

Pemain Kelantan Darul Naim (KDN) FC, Jasmir Mehat mempersoalkan keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberikan lesen kebangsaan penuh kepada pasukan… Read More

21 minutes ago
  • sukan

Bakal pemain warisan baharu Malaysia punyai nilai pasaran yang amat tinggi

Bertiup kencang ketika ini apabila pemain tengah muda Athletic Bilbao, Mikel Jaureguizar dilaporkan media Sepanyol bahawa bintang berusia 21 tahun… Read More

2 hours ago
  • sukan

Vietnam mungkin ikut jejak Malaysia

Skuad Harimau Malaya tidak boleh terlalu selesa meskipun memiliki peluang cerah untuk meraih tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2027… Read More

2 hours ago
  • sukan

Saham ‘botak viral’ terus melonjak

Pendatang baru Liga Turkiye, Kocaelispor dilaporkan berminat mendapatkan khidmat penyerang baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo. Minat terhadap penyerang kelahiran Brazil… Read More

5 hours ago
  • sukan

“Kalau FIFA tak benarkan , Kenapa beraksi”

Pemain warisan meletakkan penanda aras yang tinggi dalam skuad kebangsaan selepas kejayaan membelasah gergasi Asia Tenggara, Vietnam 4-0 dalam aksi… Read More

6 hours ago
  • sukan

Nama Shin Tae-yong kini jadi sebutan sebagai pengendali baharu

Skuad kebangsaan China dilaporkan bersedia untuk memburu khidmat bekas ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong. Perkembangan ini hadir ketika pasukan kebangsaan… Read More

6 hours ago