Pasukan Liga Super mungkin lebih teruk dibelasah Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi akan datang apabila kelab itu mengumumkan membawa masuk ‘mesin gol’ yang pernah mencipta nama di Liga Thailand.
Menerusi Facebook Johor Southern Tigers memaklumkan bahawa JDT membawa masuk bekas pemain Bangkok United, Heberty Fernandes bagi menguatkan lagi jentera serangan skuad Harimau Selatan.
Heberty yang berasal dari Brazil itu bukan pemain ‘biasa-biasa’ dalam saingan Liga Thailand kerana dia memegang rekod penjaring terbanyak dengan rekod 159 gol membabitkan 249 perlawanan.
Pemain berusia 34 tahun itu sememangnya sudah biasa dengan persekitaran bola sepak Asia Tenggara kerana sebelum ini beraksi bersama Ratchaburi FC dan Muangthong United.
Selain beraksi di Liga Thailand, Heberty juga berpengalaman beraksi bersama di Liga Arab Saudi dan Liga Jepun (J League) sekali gus sudah pasti membantu JDT ketika beraksi di saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL),
Sementara itu, pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga mengesahkan akan membawa masuk pemain baharu bagi memperkuatkan lagi pasukan yang berpangkalan di selatan tanah air itu.
“Bagi saya kemungkinan besar akan ada pemain import akan dibawa masuk untuk meningkatkan lagi persaingan dalam pasukan.
“Pada masa sama, turut mahu perbaiki pasukan kami kerana buat masa ini Diogo (Diogo Luis Santo) cedera untuk beberapa bulan. Kami juga tahu untuk lakukan membabitkan pemain import.
sumber:- HM
“Dalam perancangan itu telah dirancangkan dan sudah kami berbincang dan sedang berunding buat masa ini. Sudah tentu ada agenda untuk perbaiki pasukan,” katanya.
Skuad Harimau Malaya dijangka terus memperlihatkan taring yang tajam apabila khabar angin mengenai kemunculan pemain warisan fasa kedua semakin hangat… Read More
Bintang ternama bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo, akhirnya menggunakan pengaruh yang dimilikinya itu untuk menghantar mesej yang jelas kepada Presiden… Read More
Juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), melepaskan 11 pemain serentak, sekali gus tidak berada dalam senarai… Read More
JAKARTA, 17 Jun – Usai tewas kepada Harimau Malaya dalam Kelayakan Piala Asia bulan lalu, kini Kim Sang-sik beralih tumpuan… Read More
GARUT, 17 Jun – Pasukan futsal tempatan, Pusaka, dilaporkan bakal menghantar aduan rasmi kepada pihak penganjur berhubung insiden yang melibatkan… Read More
Nama sama tapi bukan dia, Johor Darul Ta'zim (JDT) ada dua Arif Aiman! Satu situasi yang cukup unik dan jarang… Read More