sukan

Hafiz Hashim jadi pilihan P V Sindhu

Bintang badminton India, P V Sindhu, mengumumkan bekas jaguh perseorangan lelaki negara, Muhammad Hafiz Hashim sebagai jurulatih baharunya dalam usaha memenangi pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024.

Perkembangan itu diumumkan Sindhu yang juga pemenang dua pingat Sukan Olimpik menerusi laman media sosial miliknya sambil memberitahu bekas juara seluruh England itu memenuhi semua kriteria yang diperlukan untuk bergelar jurulatihnya.

“Selepas proses yang panjang dan berlarutan, saya gembira mengumumkan Hafiz sebagai jurulatih saya.

“Dia memiliki semua kriteria yang saya cari sebagai jurulatih termasuk ketinggian, kelajuan, dan naluri menyerang.

“Sebagai bekas juara Seluruh England 2003, dia juga mempunyai rekod pencapaian yang baik. Dia juga pernah berlatih di bawah bimbingan Sidek (Datuk Misbun Sidek) yang menambahkan lagi aura pada dirinya,” katanya.

Untuk rekod, Hafiz sebelum ini sudah pun melatih Sindhu secara sambilan di Akademi Badminton Sucithra.

Dengan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah bermula, Sindhu mahukan khidmat Hafiz secara sepenuh masa dan dia memohon kelulusan daripada Pihak Berkuasa Sukan India (SAI) untuk berlatih di bawah bekas pemain perseorangan lelaki negara itu.

sumber:- HM

Tugasan pertama Hafiz bersama Sindhu adalah saingan Terbuka Korea yang bermula semalam yang menyaksikan pemain itu berdepan Pai Yu-po dari Taiwan di pusingan pertama

Recent Posts

  • sukan

Shahidan akhirnya buka mulut dakwaan ugut atlet

Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More

4 minutes ago
  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

1 hour ago
  • sukan

Kontrak Akhyar masih belum ditebus

Peminat Terengganu FC (TFC) boleh menarik nafas lega selepas pemain sayap lincah, Akhyar Rashid belum lagi dirisik secara rasmi mana-mana… Read More

2 hours ago
  • sukan

Bekas bintang Harimau Malaya mendonia

Bekas pemain naturalisasi Harimau Malaya, Liridon Krasniqi, kembali mencuri tumpuan dunia apabila menampilkan permainan luar biasa dalam Baller League, baru-baru… Read More

4 hours ago
  • sukan

Bintang EPL mengamuk dengan Singapura

Pemain pinjaman Sheffield United, Hamzah Choudhury, kelihatan berang dengan pemian Singapura selepas tamat perlawanan Kelayakan Piala Asia, Selasa lalu. Ini… Read More

4 hours ago
  • sukan

Taring skuad Malaysia makin tajam dengan kehadiran Bergson, Hidalgo

Taring skuad Harimau Malaya khususnya di jentera hadapan pasukan dijangka bertambah berbisa sebaik dua calon naturalisasi iaitu Bergson da Silva… Read More

5 hours ago