sukan

Awas buat penyokong Final piala FA

Polis Johor akan menggerakkan 750 pegawai dan anggota untuk membantu kelancaran final Piala FA di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur City FC (KL City), Sabtu ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata pihaknya akan mempertingkatkan kawalan keselamatan di dalam dan luar Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, lokasi perlawanan akhir itu.

Katanya, pegawai dan anggota ditugas bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan sebelum, semasa dan selepas final itu.

Polis akan bekerjasama dengan pihak pengurusan stadium bagi memastikan kelancaran keluar masuk dan tiada perkara tidak diingini.

“Nasihat kita supaya (penyokong) mematuhi peraturan dan arahan polis yang akan kita laksanakan pada hari berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

sumber:- HM

Kamarul Zaman turut menasihatkan penyokong kedua-dua pasukan supaya tidak membawa barangan yang dilarang ke dalam stadium yang boleh mengganggu keselamatan.