sukan

‘taktikal ajaib’ kecewakan JDT

Johor Darul Ta’zim (JDT) harus berwaspada dengan Kuala Lumpur City yang bakal tampil dengan corak ‘taktikal ajaib’ pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Sabtu ini.

Penganalisis bola sepak tempatan, Hasnizam Uzir berkata, walaupun final kali ini tidak dianggap ‘final impian’ kerana skuad kendalian Bojan Hodak agak terumbang-ambing dalam Liga Super namun pengendali dari Croatia itu sinonim melakar keajaiban apabila beraksi di final.

Jelas Hasnizam, kelebihan terletak kepada JDT bukan sahaja beraksi di laman sendiri malah mereka dibarisi pemain berkualiti di setiap posisi selain reputasi gah yang hanya dibolosi tiga gol dalam 17 perlawanan liga.

“Bukan menafikan keupayaan KL City tetapi di atas kertas pasukan itu bukan sahaja perlu berdepan kesebelasan JDT yang gemar bermain pantas dan melakukan transisi bola secara konsisten malah perlu berdepan atmosfera stadium yang dibanjiri oleh penyokong JDT sendiri.

“Bagi saya tugas berat menanti anak didik Hodak ditambah kecederaan yang dialami Giancarlo (Gallifuoco) ketika aksi menentang Negeri Sembilan baru-baru ini tampak menjejaskan persiapan pasukan itu tetapi semuanya bergantung sejauh mana dia mampu pulih sebelum aksi final.

“Besar kemungkinan JDT turun dengan corak permainan berbeza dan mengamalkan aksi berintensiti tinggi malah mereka tidak boleh hilang fokus sepanjang 90 minit kerana sudah menjadi kebiasaan buat pasukan itu yang dahagakan jaringan dalam tempoh 20 minit babak pertama,” katanya.

Menurut bekas pemain Johor era 90-an itu, JDT juga bakal berdepan corak permainan kompak skuad The City Boys yang mengamal ‘defending third’ dan bingkas melakukan serangan balas yang boleh mengundang bahaya kepada mereka.

Beliau berkata, jika itu yang dipratikkan oleh KL City, maka JDT perlu bersabar dan bertindak menarik keluar pemain lawan dari kawasan benteng mereka untuk membolehkan anak didik Esteban Solari menyusun gerakan dari tengah serta sayap kiri dan kanan.

sumber:- BH

“Kelebihan JDT di sayap kanan yang kerap menggunakan Arif (Aiman Hanapi) dan Fernando (Forestieri) mampu memberi tekanan terhadap benteng lawan dan kedua-dua pemain itu mungkin menjadi wira pada aksi final,” ujar Hasnizam.

Recent Posts

  • sukan

Pasukan baharu Ifwat Akmal

Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More

5 hours ago
  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

6 hours ago
  • sukan

‘Thanks Boss for 20 years’, cetus tanda tanya

'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More

7 hours ago
  • sukan

Bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga — Toh Ee Wei

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More

7 hours ago
  • sukan

Shahidan akhirnya buka mulut dakwaan ugut atlet

Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More

7 hours ago
  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

9 hours ago