sukan

Sejarah besar mungkin berulang

Aksi terumbang ambing yang dipamerkan Kuala Lumpur City (KL City) FC dalam saingan Liga Super tidak akan mempengaruhi perlawanan final Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabtu ini.

Hal ini kerana, KL City yang bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sudah pastinya berjuang sehingga ke titik peluh terakhir untuk mengejutkan Harimau Selatan seperti dilakukan mereka pada aksi final Piala Malaysia 2021.

Kapten KL City, Paulo Josue berkata, pasukannya tidak akan mengangkat ‘bendera putih’ terlalu awal walaupun mengetahui JDT mempunyai kelebihan di pentas final Piala FA.

Kami perlu memperbaiki prestasi semasa kami. Kami berdepan beberapa perlawanan dalam liga dan selepas ini kami juga akan mengharungi aksi final Piala FA dan saingan Piala Malaysia.

“Saya harap kami bersedia di final kerana ia perlawanan yang berbeza. JDT mempamerkan prestasi yang baik musim ini, jadi kami perlu cuba yang terbaik.

“Kami harus bersikap profesional dan akan cuba berjuang untuk meraih kejuaraan. Kami perlu beraksi dengan lebih baik dan cuba kejutkan JDT,” katanya.

Mengikut rekod, kali terakhir KL City merasai kemenangan ketika menewaskan Sri Pahang 2-1 pada awal bulan lalu dan selepas itu mereka kempunan meraih mata penuh dalam liga apabila seri tiga kali selain dibelasah JDT 6-1 di Stadium Sultan Ibrahim.

Skuad The City Boys pernah mencipta sejarah besar apabila mengejutkan JDT 2-0 di pentas final Piala Malaysia pada 2021, sekali gus menamatkan penantian 32 tahun untuk menjulang trofi itu.

sumber:- HM

Bagaimanapun, selepas kejayaan itu anak buah Bojan Hodak tidak pernah menang berdepan Harimau Selatan apabila tewas dalam empat aksi di Liga Super.

Recent Posts

  • sukan

Bakal pemain warisan baharu Malaysia punyai nilai pasaran yang amat tinggi

Bertiup kencang ketika ini apabila pemain tengah muda Athletic Bilbao, Mikel Jaureguizar dilaporkan media Sepanyol bahawa bintang berusia 21 tahun… Read More

12 minutes ago
  • sukan

Vietnam mungkin ikut jejak Malaysia

Skuad Harimau Malaya tidak boleh terlalu selesa meskipun memiliki peluang cerah untuk meraih tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2027… Read More

26 minutes ago
  • sukan

Saham ‘botak viral’ terus melonjak

Pendatang baru Liga Turkiye, Kocaelispor dilaporkan berminat mendapatkan khidmat penyerang baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo. Minat terhadap penyerang kelahiran Brazil… Read More

4 hours ago
  • sukan

“Kalau FIFA tak benarkan , Kenapa beraksi”

Pemain warisan meletakkan penanda aras yang tinggi dalam skuad kebangsaan selepas kejayaan membelasah gergasi Asia Tenggara, Vietnam 4-0 dalam aksi… Read More

4 hours ago
  • sukan

Nama Shin Tae-yong kini jadi sebutan sebagai pengendali baharu

Skuad kebangsaan China dilaporkan bersedia untuk memburu khidmat bekas ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong. Perkembangan ini hadir ketika pasukan kebangsaan… Read More

5 hours ago
  • sukan

DMA Islam kecewa pertarungan batal saat akhir

PEMPENGARUH media sosial, DMA Islam meluahkan rasa kecewa apabila pertarungan tinju menentang Abang Koroy sempena Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025)… Read More

5 hours ago